F&n seasons nutrisoy kini berwajah baru! - ceritaejoy

F&n seasons nutrisoy kini berwajah baru!

1:38 PTG


F&n seasons nutrisoy kini berwajah baru!| Al kisah nya ceritaejoy, mesin air bancuh rosak pulak harini. Dah tak boleh kena nescafe sambil makan kuih kacang. Tapi, kalau tak beli air, tercekik pulak kang. Jadinya, kenalah beli air gedegang. Aku, bila minum air tin, air yang menjadi pilihan utama aku adalah air soya. Ahha! Ada air dari f&n seasons nutrisoy!

Jap. Sebelum aku lanjutkan lagi cerita aku ni, sapa yang tak pasti apa itu air gedegang? Aku pasti, mesti ada orang yang tak tahu. Sebabnya aku sendiri pun tak pernah tahu apa itu air gedegang. Ceritanya wife aku nak beli air, dia cakap ngan aku, kat mana ada jual air gedegang. Aku punya lah fikir, apa benda tu? Air jenama baru ke? Tak pernah dengar pun? Ish.

Cari punya cari, baru jumpa. Lepas tu dia minta duit dekat aku nak beli air gedegang. Aku ingat, apa la special sangat air tu. Rupa-rupanya air mesin! Hahaha. Aku tanya wife aku, kenapa panggil air gedegang? Rupanya, bila kita beli air tu, kan dia jatuh. Kemudian impak daripada situ, bunyilah gedegang. Adoi! Apa la! Tapi kenapa aku tak pernah dengar dan tahu ek sebelum ni? Itu konfius.

Baiklah. Berbalik semula dengan cerita Minuman soya Nutrisoy kini berwajah baru. Hmm, mulanya aku tak pasti, part mana yang berubah. Tapi bila kita pusing tin tu, kita boleh nampak perubahan ketara pada paparan pada f&n seasons nutrisoy ni.

Berbeza dari paparan lama, wajah baru ini menunjukkan sesuatu yang lebih “fresh”. Semua pun tahu, orang yang mencari minuman ini adalah dari kalangan mereka yang sedang kehausan. Jadinya, dengan wajah baru ini, pembeli boleh merasa keenakan air f&n seasons nutrisoy walaupun belum merasainya lagi!



Bagi yang tidak tahu, f&n seasons nutrisoy hanya menggunakan kacang soya bukan GMO (genetically modified organisms) yang terpilih dan bebas kolesterol! Ahha! dengar tu. Eh, ha, baca tu, hanya kacang soya yang terpilih sahaja tau! Dan yang paling penting, bebas kolesterol.

Wajah segar! Sudah pasti mampu menyegarkan sesiapa sahaja! Secara jujurnya, aku suka dengan wajah baru ini ditambah lagi dengan keenakan rasa soya itu sendiri! Haruslah korang juga dapatkan sekarang f&n seasons nutrisoy dengan wajah baru ini. hehehe.

Tapi kan, sebelum tu, siapa yang suka masakan negeri sembilan dekat sini? Biasanya orang yang suka pedas, memang suka masakan negeri sembilan, tapi tahukah korang < 15 makanan terbaik negeri sembilan?> Kalau korang tahu, korang memang hebatlah!

You Might Also Like

1 comments

  1. Lawatan balas. telah add anda sebagai follower. Telah masuk anda dalam bloglist. Tak rugi pun dalam dunia alam maya. biar ramai kawan jangan ramai lawan.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email