Damailah kamu wahai penghuni syurga : adik nur qisya eryna. ~ Ceritaejoy Damailah kamu wahai penghuni syurga : adik nur qisya eryna. - Ceritaejoy

Damailah kamu wahai penghuni syurga : adik nur qisya eryna.

10:51 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Damailah kamu wahai penghuni syurga : adik nur qisya eryna| Menitis air mata aku hari ini bila mendapat tahu pemergian adik nur qisya. Aku pernah menulis mengenai adik nur qisya. Boleh baca di : Bantulah Adik nur qisya eryna semampu mungkin. Aku biasa melihat keyword Adik Nur Qisya di dalam blog ceritaejoy. Tetapi keyword harini memeranjatkan aku! Adik Qisya meninggal! Ianya adalah sesuatu ketentuan yang ditentukan Allah. Siapa kita untuk menghalang?

Sesungguhnya, sangat berat penderitaan yang perlu di tanggung anak sekecil ini. Sehingga kini aku sendiri tidak mampu menggambarkan, bagaimana perasaan ibu bapa kepada anak syurga ini. Ianya sudah ketetapan ilahi. Ya! Ianya adalah ketetapan Ilahi. Pasti ada maksud nya. Kenapa Allah menjadikan makhluk nya seperti itu.

Allahrubbi. Allahurabbi. Hadirmu adik nur qisya eryna, pasti membawa seribu makna. biarpun sekejap, namun kamu hadir membawa seribu makna kepada sesiapa sahaja. Allah lebih menyayangi mu anak syurga. Allah lebih menyangimu. Aku! Siapa aku? Aku sendiri tidak mampu melihat penderitaan adik nur qisya. Bagaimana pula dengan mereka yang terdekat dengan nya?

Kini, Kamu bersemadi anak syurga. Indah di syurga Allah. Di temani para malaikat. Damailah kamu disana. Cukuplah penderitaan yang kamu Alami. Terima kasih juga kepada Allah kerana mengurniakan Anak syurga ini kepada keluarganya. InsyaAllah, dia akan sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya. InsyaAllah. InsyaAllah.

Sesungguhnya, aku sangat merasa sedih dengan berita ini. Terima kasih anak syurga. Terima kasih kerana hadir ke keluargamu. Terima kasih juga kerana sentiasa ingatkan aku kepada Allah. Terima kasih. Allahurabbi! Allahurabbi! Allahrabbi!

You Might Also Like

1 comments

  1. Dia pinjaman...pinjaman penuh bererti untuk kedua-dua ibu ayahnya...moga dia tenang di sana di satu daerah yang penuh kedamaian...keindahan...kegembiraan..Al Fatihah 😳

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Travel Bloggers

Blogger Malaysia

Bloglist ceritaejoy