Cara copy paste entry yang betul - ceritaejoy

Cara copy paste entry yang betul

12:20 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Cara copy paste entry yang betul|Aku tidaklah nak mengajar orang copy paste artikel atau post orang lain. Tapi ini lah orang kita, nak Trafik Blog Tinggi tapi tak nak pening kepala cari cerita dan menulis. Cara yang paling senang, Copy Paste Blog Orang Lain. Kalau letakkan link blog asal ok lagi, kurang lah sikit marah pemiliknya, ni langsung takda. Macam entry tu dia yang tulis. Ish!

Kita nak larang pun, bukan orang nak dengar. Kita buat macam-macam kat blog pun, masih juga ada orang copy paste entry kita. Jadinya, buat apa pun, kalau orang nak ambil, mereka ambil juga. Betul tak? So! Aku nak kongsikan beberapa Cara copy paste entry yang betul, yang mungkin tak akan buat pemiliknya marah atau pemiliknya sendiri tak tahu, yang asalnya penulisan itu adalah daripada penulisan mereka.

Cara copy paste entry yang betul.


Baiklah. Kalau ada juga yang nak copy paste entry orang lain. Aku nasihatkan, jangan copy paste bulat-bulat entry orang tu. Caranya adalah dengan menggunakan beberapa aplikasi rewriter yang berlambak dekat google tu. Aku pun biasa buat, tapi bukan dalam blog ceritaejoy la. Aku tak nak share dekat mana biasa aku buat, sebab nanti, nampak sangat aku nak galakkan orang copy paste entry orang lain. Kan?

Yang keduanya, baca dulu entry orang tu. Kemudian ambil keyword yang korang rasa kan penting. Daripada situ, korang buat lah ayat korang. Percaya atau tidak, blog yang menggunakan bahasa rojak pun boleh dapat trafik yang tinggi. Hanya dengan menggunakan keyword yang betul. So, korang tulis la guna bahasa atau ayat korang, yang penting, masukkan keyword yang penting.

Yang ketiganya adalah, celarukan ayat. Maksud aku, tukar perenggan. Kalau entry asal, perenggan pertama ayat nya macam ni, korang ubah lah pergi ke perenggan ketiga. Begitulah sebaliknya. Yang penting, jangan nampak sama macam entry asal. Cukup sudah. Cukup cukup sudah.

Yang terakhir nya, minta lah izin pada pemilik asal. Kalau tak nak minta izin, letaklah kredit pada pemilik asal. Kalau tak nak terus ke entry pemilik asal, cukuplah letakkan url blog sahaja. Kalau semua pun tak nak. Korang letak jelah nama blog tu. Kalau letak nama pun tak nak, terpulanglah dekat korang. Malas nak cakap lagi.

Aku sebenarnya, tak galakkan korang copy paste blog orang lain. Sebabnya nanti tak nampak diri korang dalam blog korang sendiri. 
Tapi, macam yang aku cakap dekat awal tadi, kita ni kalau melarang macam mana sekalipun, kalau orang tu nak buat, dia buat juga. so, aku nasihatkan, kalau nak copy paste juga, biar lah jangan nampak macam penulisan asal. Aku ada bagi contoh macam mana nak ubah, jadi terpulanglah pada korang yer.

Oklah. Sekarang dah tahu kan cara yang betul macam mana Cara copy paste entry yang betul pada blog kita. Cuma aku nak beritahu, sekarang ni dah ada Kamera handphone yang lebih hebat daripada DSLR. Memang masuk dalam wishlist aku handphone terbaru ni. Semoga aku berjaya memilikinya nanti. InsyaAllah.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email