Budak 13 tahun ditangkap kerana cuba cabul wanita di Melaka. - ceritaejoy

Budak 13 tahun ditangkap kerana cuba cabul wanita di Melaka.

4:55 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Budak 13 tahun ditangkap kerana cuba cabul wanita di Melaka|Terperanjat sekejap aku bila baca berita ni. Lebih memeranjatkan aku bila ianya berlaku di Melaka. Tambah memeranjatkan adalah lokasi nya adalah di shell munshi Abdullah. Adoi, tempat biasa aku tuang minyak kalau nak balik telok mas. Tapi kan, umur baru 13 tahun kot? Muda remaja lagi tu.

Kalau korang search berita ni, atau keyword Budak 13 tahun ditangkap kerana cuba cabul wanita di Melaka, korang boleh tengok muka selamba pelaku ni. Muka selamba macam tak salah. Ai, rilek je dik? Macam tak rasa bersalah je. Biasa kalau orang dewasa yang buat macam ni, dah kena tibai dengan orang awam dah. Tak percaya? Tengok kat youtube.

Tapi kan, mengikut cerita yang aku baca dari blog ke blog, katanya pihak polis seperti tidak mahu mengambil pusing kes seperti ini? Betul ke? Katanya, mereka sendiri tidak percaya yang budak 13 tahun tersebut ada melakukan cubaan merogol dan menganggap wanita tersebut mereka-reka cerita. Dalam hal ini aku tak mahu komen lebih. Kerana aku pasti, pihak polis sememangnya memandang serius perkara seperti ini.

Aku terfikir juga, kalaulah orang apa-apakan budak tersebut, sudah pasti mereka akan di dakwa kerana mendatangkan kecederaan. Persoalan sekarang, kalau lah budak 13 tahun tersebut mendatangkan kecederaan kepada mangsa, apakah saudara atau mungkin suami mangsa akan pandang je? Kalau kena kat korang, apa korang buat?

Ish! Aku memang sedikit takut bila baca berita macam ni. Yelah, dekat Melaka kot! Negeri tempat aku cari rezeki sekarang. Tak terfikir, budak 13 tahun boleh melakukan hal macam ni. Yelah, kita pandang mereka macam pandang budak-budak je. Dah tentu kita akan lebih fokus pada orang dewasa. Betul tak? So, lepas ni, jangan fokus pada mereka sahaja ya. Ni, dah ada kes, Budak 13 tahun ditangkap kerana cuba cabul wanita di Melaka.

Apa pun, nasihat aku, berhati-hatilah dekat mana sahaja kita berada. Jangan melihat sesuatu itu tidak mampu mendatangkan bahaya pada kita. Zaman sekarang ni, semua terlebih advance. Makin menakutkan! Teringat kata kawan baik aku, kalau dah dalam keadaan terdesak atau memaksa, nak jadi apa pun, jadilah!

Ok Lah, aku nak kasi tau ni, bagi mereka yang minat bola, dan nak menang merchandise yang di tanda tangan oleh Robert Pires, korang boleh terbang ke < [SHOP & WIN] Get an exclusive EURO merchandise autographedby Robert Pires!>. Mana tahu ada rezeki ke. Kan? Hehe.

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email