Blog ceritaejoy kini tampil dengan Domain sendiri. - ceritaejoy

Blog ceritaejoy kini tampil dengan Domain sendiri.

9:48 PG

http://www.ceritaejoy.com/

Blog ceritaejoy kini tampil dengan Domain sendiri|Alhamdulilah. Akhirnya aku berjaya juga dapatkan domain sendiri untuk blog ceritaejoy. Mulanya, aku belajar Buat Domain Sendiri, tapi tak berhasil. Al Maklumlah ilmu kurang, tapi alhamdulillah, ada seorang rakan blogger (Wayne Harraz) yang sudi menolong aku dari awal hinggalah wujudnya domain .com pada blog ceritaejoy. Alhamdulilah sekali lagi.

Aku memang dah lama berniat nak ada Domain Sendiri Di Blogspot. Bila ada domain sendiri ni, rasa semangat sikit nak berblogging. Hehe. Bukanlah aku nak kata, tak elok guna url sedia ada tu, tapi faham-faham jelah, bila kita guna benda “free”, takut ada benda lain yang jadi nanti. Contohnya, blog boleh dipadam bila-bila masa *aku pernah baca pasal benda ni* ataupun masalah-masalah yang lain.

Kelebihan Guna Domain Sendiri.


Sebelum ni, aku selalu tertanya-tanya, apa kelebihan guna domain sendiri ni? Apa, kalau pakai url sedia ada, tak boleh maju ke? Daripada blogwalking aku, kebanyakkan Top Blogger Malaysia, mereka akan gunakan domain sendiri. Kenapa mereka tak guna domain sedia ada kan? Kenapa?

Itu cerita pasal mereka yang dah berjaya, kita tengok pula dekat blog rakan-rakan blogger yang lain. Kebanyakkan dari mereka juga gunakan domain sendiri. Jadi, pasti ada kelebihan kenapa mereka gunakan domain sendiri berbanding url sedia ada.

Daripada pemerhatian aku, di antara Kelebihan Guna Domain Sendiri adalah:

Menyerlahkan identity blog.

Bila guna domain sendiri ni, apa yang aku nampak, ia semacam suatu identity kepada pemiliknya. Sudah pasti nama yang dipilih oleh pemiliknya, mempunyai 1001 maksud. Betul tak? Tak kanlah suka-suka nak letak nama blog. Hehe.

Serius untuk berblogging.

Pada aku, kalau mereka sanggup untuk keluarkan wang untuk blog mereka, sudah pasti mereka benar-benar ingin serius dalam blog ni. Sebelum ni pun, aku tak rasakan, Domain Sendiri Di Blogspot itu penting. Tetapi selepas aku lihat sendiri dan daripada nasihat rakan-rakan blogger, akhirnya, aku dapatkan juga domain untuk blog ceritaejoy. Yes!

Beri keyakinan kepada pengiklan.

Ini penting bagi mereka yang ingin Jana Pendapatan Dengan Blog. Percaya atau tidak, pengiklan lebih gemar dengan blog yang menggunakan Domain Sendiri Di Blogspot. Bila kita ada domain sendiri, ia semacam kita beri satu keyakinan kepada pengiklan. InsyaAllah, rezeki Allah itu luas. Percayalah. Hehe.

“Rate” yang tinggi pada iklan blog.

Ini adalah di antara sebab paling utama aku dapatkan domain untuk blog ceritaejoy. Ya! Bila blog menggunakan domain sendiri, “bayaran” bagi iklan yang dipaparkan di blog sedikit meningkat berbanding iklan yang menggunakan url sedia ada.

Nasihat ini aku dapatkan daripada rakan-rakan yang dah berjaya buat duit dengan blog mereka. Kalau sebelum ni, earning sebulan, 2 bulan, 3 bulan sama je, tak berubah-ubah. InsyaAllah, dengan adanya domain sendiri ini, insyaAllah, pasti ada perubahan pada earning tersebut. InsyaAllah, jika ada rezeki di situ ya. Percaya! Rezeki Allah itu luas.

Yang sebenarnya, banyak lagi Kelebihan Guna Domain Sendiri ni, tapi dari apa yang aku nampak, macam yang aku senaraikan dekat atas la. Kalau kalian semua tanya pada mereka yang dah lama dalam dunia blog ni, pasti mereka juga akan sarankan untuk guna domain sendiri.

Baiklah, kalau korang pun berminat nak dapatkan domain sendiri ni, korang boleh lah dapatkan Di Netkl.com. Bayaran bagi setahun Cuma Rm45! Murah kan? Setahun tu. Kalau korang berjaya buat duit dengan blog, bayarannya sebulan sekali kan? Hehe. 

Dan kalau korang tak tahu macam mana nak masukkan domain sendiri dekat blog, korang boleh refer tutorial Cara Menggunakan Domain Sendiri Di Blogspot. Korang boleh dapatkan tutorial tu di blog wayne Harraz ya!


Terima kasih sekali lagi. Alhamdulillah, akhirnya Blog ceritaejoy kini tampil dengan Domain sendiri!

You Might Also Like

7 comments

  1. Terfikir jugak nak ada domain sendiri.. Tapi tunggu la dulu.. Rasa macam baru lagik dalam dunia blog ni.. hiks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang sebenarnya, domain ni kena buat awal-awal. dulu saya fikir macam tu juga, tapi bila fikir-fikir balik, yang sebenarnya kena buat dari awal. sebab banyak kebaikan dia. percayalah. hehe

      Padam
  2. Syok beli domain ni. Lagi-lagi kalau kesemua domain yang kita beli tu, lepas di usahakan berjaya pulak jadi duit :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..kena pandai cari nama..kalau kena pada nama..silap-silap ada orang nak beli domain tu dari kita..hahaha

      Padam
  3. kita hanya mampu bagi senyum jew

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya! itu dia. Wayne harraz sudah mari..hehehe..sesiapa yang nak belajar pasal blog, sila rujuk blog wayne harraz ya..hehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email