Yang paling dekat itulah musuh sebenar. - ceritaejoy

Yang paling dekat itulah musuh sebenar.

10:01 PG


Yang paling dekat itulah musuh sebenar | Lama aku simpan nafsu amarah dalam diri aku ni. Berpuluh tahun lamanya. Tapi aku sendiri tak pasti, sampai bila aku perlu simpan dan terus simpan. Punca aku menjadi semacam ini adalah disebabkan oleh “saudara mara” terdekat sebelah ayah aku. Pernah dengar peribahasa Api Dalam Sekam? Ha, itulah ayat yang paling baik bagi merujuk kepada sifat-sifat “saudara mara” aku ni!

Ayah aku anak sulung. Mereka Cuma 3 beradik. No 2 perempuan dan no 3 lelaki. Ayah aku seorang bekas tentera berpangkat pegawai waran II. Bila sebut bekas askar, mestilah ada duit pencen kan? Ceritaejoy macam ni, keluarga ayah aku ada sebidang tanah nun kat utara sana. Dan kini adik beradik aku menetap di sana, termasuklah ayah aku.

Tanah tu adalah peninggalan arwah atuk aku pada ayah aku. Tapi tanah tu ada 3 nama. Disebabkan ada 3 nama, adik beradik dia, yang 2 orang tu, nak juallah tanah tu. Cerita ni selepas berbelas tahun keluarga aku tinggal dekat tanah tu. Dan ayah aku ni, tak naklah tanah tu jadi milik orang lain, memandangkan itu adalah tanah peninggalan arwah atuk.


Dia pun “belilah” tanah tu dari adik bongsu dia dengan jumlah 35K. Lupa nak beri tahu, tanah tu kecik je, tak pasti berapa luas, tapi kecik lah. Jadinya, nilai RM35K tu pada aku terlalu tinggi! Lepas dah beri duit tu, adik kedua dia pun nak jual jugak. Bahagian anak perempuan dalam harta peninggalan ni sedikit berbanding anak lelaki. Itu yang ayah aku beritahulah. Mungkin berbeza bagi orang lain.

Lepas dah dapat tahu, adik bongsu dia dapat RM35K, dah dia pun nak jual jugak. Bahagian tanah dia lebih kecil daripada adik yang bongsu ni. Dan dia mintak pada ayah aku RM15K.  Dan aku sangat pasti, ayah aku berikan dia dengan jumlah tu. Yang menariknya, bilamana ayah aku buat 1 surat perjanjian hitam putih mengenai jualan tanah ni, masing-masing taknak sign!

Dan kini! Mereka datang kembali “menuntut” hak mereka! Bayangkan ye, adik beradik tau, bukan orang lain. Mereka dah terima wang tu, dan rasa aku, ianya sudah pun habis dibelanjakan, dan kini mereka datang kembali meminta tanah mereka. Jika tak mahu bayar, mereka nak jualkan tanah tu. Dan aku makin pelik dengan sikap ayah aku. Kenapa perlu dipertahankan semacam tu.

Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku. Kenapa tak PAKSA mereka turunkan tandatangan? Kalau tak mahu tandatangan, jangan beri wang! Dan lihat apa yang jadi sekarang, mereka datang, tanpa ada perasaan malu, minta wang! Aku pelik. Sungguh aku pelik! Adik beradik sendiri tau, bukan orang lain.

Hebatnya lagi adik beradik ayah aku ni. Yang no 2 tu perempuan. Adik ayah aku. Tapi suami dia yang lebih banyak bersuara mengenai hal harta keluarga. Yang sepatutnya banyak bertanya adalah adik dia, bukannya dia! Pelik betul aku dengan keluarga sebelah ayah aku ni. Yang takda kena mengena yang melebih daripada yang sepatutnya.


Kalau sebelum ni, cerita semacam ni, aku lebih banyak berbual dengan arwah ibu aku, tapi sekarang, aku dah tak tahu dekat mana nak cerita. Jadinya, aku cerita sahaja dalam blog ceritaejoy. Sungguh aku pelik. Manusia ni kan, rambut sahaja hitam, tapi hati lain-lain. Kita nampak mereka normal dari luar, tapi sebaliknya bila kenal diri mereka sebenar-benar kenal. 1 masa nanti, aku yang akan mengambil alih segala tugas yang ada. Dan aku pulak yang akan memikul masalah ini. Semoga Allah tunjukkan aku jalan penyelesaian kepada masalah aku ini. Amin.

You Might Also Like

6 comments

  1. kalau pasal tanah memang boleh gaduh. banyakkan bersabar puan, insyaAllah selesailah cara elok atau terbaik.

    BalasPadam
  2. sewajarnya rujuk pada pejabat tanah berhampiran...lazimnya pejabat tanah yang akan buat tafsiran harga yang sepatutnya dibayar kepada pemilik yang hendak menjual bahagiannya kepada orang lain(adik beradik/orang lain)..kemudian angkat sumpah persetujuan..setelah selesai bayar,proses potong nama dan tukar milik akan dilakukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..tapi dalam kes ni, memang nampak mereka nak ambil kesempatan..sebabnya surat hitam putih dah buat, tapi mereka taknak sign..jadi nampak dekat situ, ada benda yang tak kena.hmm

      Padam
  3. Saya sangat setuju ngan anda.. Perkara begini dah selalu terjadi pada saya sekeluarga.. Saya jenis yg suka bersangka baik ngan orang terdekat dan adik beradik tapi seringkali ditikam dari belakang.. Bila berkumpul sesama adik beradik dan saudara mara, saya sangat seronok.. tapi rupanya kita dijadikan umpatan sesama mereka.. Dah lama saya dan suami berdiam diri dan bersabar.. Sekarang saya mengambil pendekatan jarakkan diri saya sekeluarga dari mereka2 yang hipokrit dan ibarat gunting dalam lipatan.. Hidup saya dan keluarga lebih tenang kini.. Biar mereka nak mencaci atau menghina saya tak peduli yang penting hidup kami suami isteri lebih tenang dan gembira bersama anak-anak.. Kadang2 orang yang paling dekat ngan kitalah yang menjadi penyebab hidup kita huru hara.. Bila di depan manis mulut, tapi di belakang diumpat dan dikeji.. Sampainya hati darah dagingku..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email