Wang pertama daripada PopAds. - ceritaejoy

Wang pertama daripada PopAds.

4:59 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/


Wang pertama daripada PopAds|Alhamdulilah, rezeki daripada Allah buat aku hari ni. Walaupun tak banyak, tapi cukup bermakna buat aku. Kerana inilah permulaan pada aku untuk terus Buat Duit Dengan Blog. Menariknya mengenai Popads ini adalah, ianya di bayar menggunakan USD! Jadinya, pada sesiapa yang mencari teknik Buat Duit Usd Tanpa Modal, aku sarankan, gunalah PopAds! Hehe.

Baiklah, dari mana aku mengenali PopAds ni? Ceritaejoy macam ni, di waktu itu aku tersangatlah kecewa kerana akaun adsense aku masih juga tidak lulus. Jadinya, aku mencari alternative lain, cara Buat Duit Online Tanpa Modal. Waktu tengah blogwalking tu, aku terjumpa dengan PopAds ni dekat blog sifu HH. Apalagi, teruslah register dan pasang kat blog.


Terus terang aku cakap, waktu tu, aku memang tak yakin. Yeker aku boleh dapat duit dengan PopAds ni? Ye Lah, kalau yang malaysia punya tu pun, sampai sekarang aku tak dapat rasa duitnya *asyik Fraud click je* inikan pulak yang bayar pakai USD kan? Tapi orang cakap, kalau kita tak cuba, sampai bila pun kita tak tahu. Oleh yang demikian, aku tibai je! Haruslah beranikan! Hahahahaha *gelak yakin*.

Baik. Aku terangkan pulak, macam mana PopAds ni berfungsi. Bila korang dah register je, korang kena masukkan code yang diberi ke dalam blog korang. Dan selepas itu, mana-mana pengunjung yang masuk ke dalam blog korang, bila dia click dekat mana-mana je, ingat ya, dekat mana-mana sahaja, iklan PopAds akan keluar. Dan disitulah bayaran akan korang perolehi. Ha, senang tak Buat Duit Dengan Blog ni?

http://ceritaejoy.blogspot.my/


Aku baru sahaja withdraw wang USD dari PopAds ni, dan hari ini, baki wang di dalam akaun PopAds aku berjumlah $0.08! Kira laju jugak lah kan? Yelah, blog semput macam blog ceritaejoy, nilai tu cukup besar lah. Lainlah blog rakan-rakan semua yang trafik nya riban-riban 1 hari. Kan? Terbayang jugak, kalau lah trafik aku pun macam tu, wow! Lumayan sungguh Buat Duit Usd Tanpa Modal ni!

Haip! Macamana nak join PopAds? Korang boleh register di PopAds/register dan ikut sahaja arahan yang diberi. Jangan lupa masukkan code ke dalam blog korang ye. Dan selepas itu nikmatilah wang USD yang masuk ke dalam akaun! Wahahaha. Ha, jangan lupa ya, kena ada akaun Paypal. Kalau takda, sila buat sekarang. Ok?

You Might Also Like

9 comments

  1. menarik..terima kasih sbb share..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama..jom2..buat duit dengan PopAds..hehehe

      Padam
  2. maksudnya iklan tu keluar bila kita klik ? mcm virus tu ke ? reader tak marah ke kalau mcm tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. reader tak terganggu pun..sebab iklan keluar dekat new tab..iklan ni tak menganggu bacaan reader..:)

      Padam
    2. kalau bukak guna phone..sangat terganggu

      Padam
    3. owh..yeker? maaf la..sebab sy sangat jarang bukak guna handphone..terima kasih atas feedback tuan..:)

      Padam
  3. Saya nak join gak la...blog saya lokmanamirul.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok..silakan join..boleh click pada link yang saya berikan dekat atas ya..:)

      Padam
  4. Admin Tumpang Share...
    Main Simple Games Dan Dapatkan Duit Sebenar Dalam Matawang Euro. Klik Sini Panduan Cara Main Game Ini Dan Full Support Dari Saya

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email