Tidak perlulah sampai merantai. - ceritaejoy

Tidak perlulah sampai merantai.

4:40 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Tidak perlulah sampai merantai. Baru sekejap tadi aku baca berita mengenai seorang gadis yang dirantai kakinya kerana sering bertindak agresif. Pada kita yang membacanya, pasti meluap-luap perasaan marah, kenapa diperlakukan gadis itu seperti layaknya hidupan selain manusia? Tetapi jika kita berada di tempat mereka yang menjaganya, pasti punya jawapannya yang tersendiri.

Aku bersyukur kerana dikurniakan Allah dengan anak-anak yang sempurna. Namun, sifat manusia itu pelbagai. Kerenah mereka di dalam peningkatan usia, sedikit sebanyak mampu menaikkan kemarahan aku. Marahku pada anak-anak aku Cuma seketika. Ini adalah kerana, aku juga pernah mengalami saat yang sama seperti mereka. Jadi kenapa mungkin aku perlu memarahi mereka?

Dalam situasi mereka yang mempunyai anak yang istimewa, perangai mereka sama sekali berbeza. Mereka lebih agresif! Agresif dari segi perbuatan dan percakapan. Hinggakan ke tahap mencederakan. Tapi apakah itu satu kelebihan kepada keluarga untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkauan manusia normal?


Ya! Pada aku itu tidak normal! Kenapa perlu melakukan mereka seperti layaknya hidupan selain manusia? Dari apa yang aku baca, gadis ini hanya dibiarkan tidur di atas tanah beralaskan plastic! Kenapa? Kenapa perlu dilakukan seperti itu? Benar, aku tidak berada di tempat ahli keluarganya. Tetapi mereka juga adalah makhluk Allah. Daripada terus disiksa seperti itu, kenapa tidak diuruskan anak itu di tempat yang sepatutnya?

Aku memikirkan, perlu ada sesuatu langkah daripada pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah ini. Perlu ada ruang atau tempat untuk anak-anak istimewa seperti ini. Mereka juga berhak untuk hidup selesa di bumi Allah. Mereka tidak di datangkan hanya sekadar membawa masalah kepada orang yang menerimanya. Hadirnya mereka pasti membawa 1001 maksud dan tujuan.


Janganlah diperlakukan mereka seperti itu. Dan kita sebagai manusia yang melihat dan mendengar, usahlah disebarkan gambar mahupun cerita yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Semoga dengan tersebarnya cerita ini, kehidupan gadis ini akan kembali sempurna dan diuruskan dengan lebih baik selepas ini. Amin.

You Might Also Like

2 comments

  1. rantai manusia tu macam tak kena pada mata bila melihatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..rasa sedih pulak bila tengok..rasa dia akan jadi lebih agresif bila kena rantai macam tu..macam memburukkan lagi keadaan..

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email