Semoga Allah permudahkan segala yang aku rancangkan. - ceritaejoy

Semoga Allah permudahkan segala yang aku rancangkan.

10:44 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Semoga Allah permudahkan segala yang aku rancangkan. Nampak aku dah tak boleh tunggu lama. Zaman sekarang ni, semua benda kena cepat. Kalau kita lambat, kita mungkin jauh ke belakang. Dan bila kita menolak peluang yang ada, tak pasti peluang itu akan datang lagi. Oleh yang demikian, aku harus capai apa yang ada di depan mata aku sekarang. Kerana ini adalah peluang aku untuk mengubah kehidupan selesa aku.

Masalah yang paling besar dalam masyarakat sekarang ni termasuklah aku adalah, untuk keluar daripada kehidupan selesa. Kita selesa dengan kehidupan yang sebenarnya kita langsung tak suka. Ya! Ini kenyataan! Kita dok bising, penat bekerja pergi pagi balik lewat malam. Cukup bulan dapat gaji, boleh pakai sehari je, pastu terpaksa bekerja keras selama sebulan semula.


Tapi tahukah anda termasuk aku, yang kita lakukan perkara ini bukan sehari, bukan sebulan, tetapi bertahun lamanya! Ini yang aku maksudkan dengan selesa hidup dalam zon selesa. Dan mereka yang berjaya di dalam kehidupan mereka *yang dapat setiap yang mereka inginkan dalam hidup mereka* adalah mereka yang berada di luar comfort zone.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Mereka inilah yang berani menanggung risiko. Mereka yang tidak takut dengan cabaran kehidupan. Dan sekarang, aku memperolehi jalan. Ianya terpulang pada aku,samada untuk terima atau tidak. Kalau aku tolak, ini bermakna, aku akan terus kekal di dalam kehidupan selesa seperti yang aku maksudkan tadi. Tetapi jika aku terima, aku perlu berhadapan dengan pelbagai risiko kehidupan, tetapi dari sebalik semua itu, aku akan perolehi 1 kehidupan baru, kehidupan yang di inginkan ramai orang.


Aku memilih untuk mengatakan ya! Pada tawaran yang aku terima. Aku mahukan kehidupan itu! Tetapi aku masih kurang dalam segala ilmu mengenainya! Tetapi itu bukanlah alasan aku untuk mengatakan tidak kepada tawaran itu! Aku memohon Semoga Allah permudahkan segala yang aku rancangkan. Semoga keputusan yang aku buat ini, akan merubah kehidupan aku, isteri dan anak-anak, keluarga dan insya Allah, untuk semua yang memerlukannya. Amin!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email