"Rahmat" di sebalik kejatuhan ringgit (Malaysian Ringgit Currency Drop). - ceritaejoy

"Rahmat" di sebalik kejatuhan ringgit (Malaysian Ringgit Currency Drop).

11:35 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

"Rahmat" di sebalik kejatuhan ringgit (Malaysian Ringgit Currency Drop)|Ringgit masih belum menunjukkan tanda-tanda naik kembali. Kalau kita tengok nilai pertukaran Malaysian Ringgit To Usd hari ini, bertarikh 26 April 2016, USD1 bersamaan dengan MYR3.93! Satu jumlah yang tinggi pada semua orang! Namun, tahukah anda semua, di dalam keluhan ramai orang, terdapat beberapa kelompok manusia yang bergembira dengan nilai pertukaran ini?


Siapa yang aku maksudkan? Mereka adalah kelompok mereka yang Buat Duit Usd Online! Dan bila kita sebut Buat Duit Usd ni, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita adalah, Buat Duit Dengan Adsense ataupun dengan lebih tepat lagi google adsense.

Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Adsense?


Adsense ni macam 1 lubuk wang paling utama bagi para blogger. Tanyalah pada mana-mana blogger pun, semua mesti nak ada adsense kan? Tapi tahukah anda, bukan mudah nak dapatkan Akaun Google Adsense. Blog ceritaejoy sendiri pun, di reject sebanyak 8 Kali! Ya! 8 kali blog ini di tolak permohonannya dan percayakah anda, sehingga ke hari ini, nilai wang di dalam akaun adsense aku Cuma bernilai USD1.15. Sedihnya.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

*Nilai terkini selepas cashout awal bulan april hari tu. Blog semput-semput macam ceritaejoy ni, jumlahnya pun semputlah kan, kalau blog hebat, hebat juga lah nilainya kan?*


Walau macam mana pun, aku tak lah terus putus asa dalam usaha aku untuk Buat Duit Usd Online ni. Alhamdulilah, Allah tunjukkan aku jalan lain untuk buat duit USD ni. Dan aku sudahpun berjaya memperolehi wang pertama aku, dalam jumlah USD!

Dan atas alasan itulah, aku tulis entry ini, "Rahmat" di sebalik kejatuhan ringgit. Sebabnya mudah sahaja. Bayangkan kita buat Buat Duit Dengan Blog dan bayaran nya adalah di dalam USD. Nilai semasa korang nak “cashout” adalah USD10. Kalau melihat kepada nilai pertukaran hari ini, USD10 adalah bersamaan dengan MYR 39.35.

Bayangkan pula kalau nilai ringgit jatuh kepada MYR4.00=USD1. Nilai wang anda akan berganda kepada nilai yang lebih besar! Ini adalah suatu yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang Buat Duit Usd Online ni. Namun, di sebalik keseronokan mereka, ramai  juga yang terkesan dengan kejatuhan ringgit ini. Sebagai contoh terdekat, diri aku sendiri.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

* Nilai semput-semput akaun adsense ceritaejoy. huaaaa *


Masih aku teringat, waktu aku di hantar bekerja di Thailand. Sewaktu buat pertukaran nilai matawang dari ringgit ke bhat, aku kerugian hampir MYR400! Memang rasa sakit hati sangat time tu. Namun, kemanalah rasa sakit hati tu, kerana aku perlu juga “berhadapan” dengan nya. Dan atas alasan itulah, aku berusaha untuk belajar Buat Duit Usd Online ni.

Semuanya adalah disebabkan, aku teringat akan tulisan seseorang di dalam buku tulisannya:

“ Janganlah kita melihat sesuatu masalah itu sebagai 1 masalah. Cuba melihat sesuatu yang berharga pada setiap masalah yang datang. Dan akhirnya, kita akan merasa berjaya ketika saat orang lain berduka”.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email