Punca sebenar penyakit kencing manis. - ceritaejoy

Punca sebenar penyakit kencing manis.

4:19 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Punca sebenar penyakit kencing manis|Penyakit kencing manis boleh dikatakan di antara penyakit paling banyak dihidapi oleh rakyat malaysia. Arwah ibuku juga menghidap penyakit kencing manis termasuklah ayah aku. Dan kata orang, jika keluarga ada sejarah kencing manis, tidak mustahil anaknya juga akan mendapat penyakit ini. Apakah Punca Penyakit Kencing Manis ni? Dan adakah pengidap Kencing Manis Boleh Sembuh?

Sebab Penyakit Kencing Manis Dan Cara Mengatasinya.


Bila sebut manis sahaja, secara automatic kita akan terfikirkan gula. Adakah penyakit ini adalah disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan? Melalui bacaan di google, punca penyakit kencing manis adalah disebabkan oleh pola hidup yang tidak sihat. Pengambilan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi adalah penyebab kepada peningkatan glukosa di dalam darah.

Ciri Ciri Mengidap Penyakit Kencing Manis.


Bila bercerita mengenai ciri-ciri mereka yang mengidap kencing manis ni, aku dah sedikit takut. Sebabnya ada beberapa ciri yang aku rasakan ada mengalaminya. Adakah ianya secara kebetulan ataupun memang benar? Semoga ianya adalah kebetulan, amin.

Baiklah, berikut adalah Ciri Ciri Mengidap Penyakit Kencing Manis:

Cepat penat

Maksudnya cepat penat walaupun tidak melakukan apa-apa kerja berat. Jika anda mengalami symptom ini, adalah baiknya buat pemeriksaan segera.

Turun berat badan secara tiba-tiba.

Jika berat badan turun secara drastic dan tidak diketahui sebabnya, anda berkemungkinan mengidap penyakit kencing manis.


Cepat rasa haus.

Dah minum banyak air, tapi masih lagi rasa haus yang teramat juga adalah salah satu ciri mereka yang mengidap penyakit kencing manis.

Kerap kencing.

Kerap kencing ni bermaksud, tempoh masa selepas buang air kencing dan kemudiannya adalah singkat. Baru je buang air kecil dah nak kencing lagi. Ini bermaksud kandungan gula di dalam badan adalah tinggi dan menyebabkan buah pinggang menjadi lebih aktif.

Luka lambat sembuh.

Ini di antara ciri-ciri yang paling kuat pada mereka yang mengidap penyakit kencing manis. Luka kecil tapi lambat sembuh malahan boleh merebak menjadi lebih besar.


Ubat Kencing Manis Cara Tradisional.


Aku pasti ramai yang lebih gemarkan cara pengubatan traditional. Jadinya, aku kongsikan beberapa cara bagi mengubati kencing manis secara tradisional.

Daun sirih.

Ambil 10 helai daun sirih dan 5 ulas bawang merah. Rebus dengan 2 gelas air dan sejukkan. Kemudian tapiskan air rebusan tersebut dan minum setiap pagi dan petang.

Buah petai.

Ambil 5 keping buah petai dan rebus hingga empuk. Amalkan meminumnya sehari sekali *hmm, pernah dengar dulu, orang nak buat jus petai* hahaha. Macam Manalah rasanya kan? Hahaha.

Kulit jering.

Rebus kulit jering hingga keluar air kelatnya. Biarkan sejuk dan minum setengah gelas setiap hari.

Peria.

Rebus peria dan tapis airnya dan minum segelas sehari. Nak lagi feel, kisarkan dan buat jus. Wahh!


Baiklah. Inilah serba sedikit Punca sebenar penyakit kencing manis dan Ubat Kencing Manis Cara Tradisional yang dapat aku kongsikan. Ada orang cakap, kalau dah ditakdirkan kita terkena sesuatu tu, dah tak boleh nak buat apa la. Yang sebenarnya salah ya. kita kena usaha. Biarlah kita tahu pengakhirannya, janganlah sesekali kita berhenti berusaha. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua. Amin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email