Mengintai Kamera Mirrorless Fujifilm. - ceritaejoy

Mengintai Kamera Mirrorless Fujifilm.

9:48 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Mengintai Kamera Mirrorless Fujifilm|Aku masih lagi berbelah bagi dalam mencari kamera terbaik untuk diri aku. Aku inginkan sesuatu yang hebat di mata aku. Nak cerita pasal kamera terbaik, terlalu banyak yang terbaik di dunia, Cuma harga nya kena faham-faham sendiri la ye. Rakan aku menawarkan Leica Camera. Tapi harganya, aduh! Kini aku cuba mengintai kamera dari jenama Fujifilm.

Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Pemula.


Bila aku mencari-cari, apakah kamera terbaik buat mereka yang baru nak berjinak-jinak, hampir kebanyakkan dari mereka mengesyorkan kamera Fujifilm. Owh, sebelum itu, aku mencari Kamera Mirrorless. Kenapa bukan DSLR? Kerana aku inginkan sesuatu yang mudah dibawa dan mudah di letakkan dalam mana-mana ruang dalam beg aku. J

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kalau cari Kamera Mirrorless Fuji Terbaik, dah tentulah Fujifilm X-t1. Tapi harganya, adoi, bukan dalam budget aku. Tapi, bila baca Fujifilm X-t1 Review, adoi! Kena usaha dan tambah masa lagi la menabung untuk dapatkan kamera ni. Dari kualiti gambar yang terhasil juga adalah dalam kategori superb pada aku.


Kalau tengok dekat laman web shashinki.com, jenama Kamera Mirrorless Fujifilm yang paling murah adalah Fujifilm X-a2 harga dalam MYR 1900. Kalau tengok dekat Mudah.com, mungkin boleh dapat harga yang lebih murah sikit. Tapi kata orang, biar lah harga nya sedikit mahal kalau kualiti gambar nya adalah terbaik. Kan? Asalkan masih dalam budget.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Orait! Haip! Jadi apakah kamera yang terbaik buat diri aku ni? Lama Mengintai Kamera Mirrorless Fujifilm ni, nampak nya yang kena dengan budget aku adalah model Fujifilm X-a2. Apakah ianya Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Pemula seperti aku?

Hmm, nampaknya kena cari kawan yang dah cuba model Fujifilm X-a2 ni. Nak kena dengar dari mulut mereka sendiri. Kalau ok, insyaAllah, akan menyusul lah kamera ini dalam simpanan kamera pertama aku. Kalau ada dari mereka yang berkata tidak, terpaksalah aku menambah masa, kembali mengumpul wang, mencari model yang dikatakan terbaik dari Fujifilm, Fujifilm X-t1.


Owh. Kamera. Owh. Semoga mimpi bertukar menjadi kenyataan.

You Might Also Like

2 comments

  1. singgah pagi rabu ♥
    nieyl pun tgh menabung untuk beli camera yg lebih mudah di bawa ke mana²..
    dan yg penting kualiti gambar mesti super.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau macam tu, jom kita beli fujifilm..hehehe..kalau ada duit lebih, bolehlah ambil leica..hehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email