Kisah di sebalik Puding Diraja. - ceritaejoy

Kisah di sebalik Puding Diraja.

11:56 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

sumber : google.

Kisah di sebalik Puding Diraja|Secara jujurnya, aku baru pertama kali dengar mengenai puding diraja ni. Dan wife akulah yang berceritakan mengenai makanan ini dengan aku. Disebabkan tak pernah dengar apatah lagi nak rasa, kenalah aku buat rujukan, apa itu puding diraja?apakah Sejarah Puding Diraja ni? Dan kenapa ianya disebut diraja. Semua kena study tu. Hehe.

Kalau kita cari Sejarah Puding Diraja, asal usulnya, ianya adalah makanan pencuci mulut keluarga diraja Pahang. Kebiasaannya, ianya hanya menjadi hidangan keluarga diraja dalam majlis-majlis istimewa. Walau bagaimana pun, cerita bagaimana ianya tersebar menjadi santapan rakyat biasa kurang jelas.

Baiklah. Apa yang istimewanya Puding Diraja Pahang ni? Disebabkan aku belum pernah merasa lagi, jadinya aku sendiri tak pasti, bagaimana rasanya puding ini. Namun, dari perkongsian gambar-gambar nya, jelas menunjukkan rasa yang sangat istimewa pada menu ini.

Bercerita pula mengenai Resepi Puding Diraja ni, resepi asal nya,ia menggunakan jala emas yang diperbuat daripada kuning telur itik! Wah! Ini sangat istimewa. Namun disebabkan harganya yang semakin meningkat, ianya ditukarkan kepada kuning telur ayam. Dan antara bahan-bahan lain untuk membuat Puding Diraja Pahang ini adalah, pisang lemak manis, telur ayam (kuning saja), ceri, badam, prun, susu cair dan gula pasir.

Cara Buat Puding Diraja Pahang? Disebabkan blog ceritaejoy bukanlah blog makanan, jadinya, tidaklah aku kongsikan cara nak buat puding ni. Namun, aku cadangkan korang ke blog azie kitchen. Kak azie memang banyak kongsikan Resepi Masakan Yang Istimewa yang tentunya sangat mudah untuk kita pelajari. Tak percaya? Silalah ke blog beliau sekarang. Hehe.

Orait! Siapa nak belanja aku makan Puding Diraja Pahang? Atau ada sesiapa tahu kat mana-mana yang menawarkan perkhidmatan penghantaran puding istimewa ini ke Melaka? Ahha! 
InsyaAllah, selepas rasa nanti, bolehlah buat cerita pasal rasa istimewa Puding Diraja Pahang ni.

Ke nak buat sendiri je? Nak suruh wife buat? Wife orang Melaka. Buat asam pedas memang terbaik. Tapi tak pasti kalau buat Puding Diraja Pahang ni. Orang cakap, kalau orang asal yang buat, rasa dia memang terbaik. Kan? Hehehe. Sekali lagi, siapa nak belanja aku makan puding ni? Hehe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email