Kambing lahirkan anak berwajah manusia. - ceritaejoy

Kambing lahirkan anak berwajah manusia.

10:00 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kambing lahirkan anak berwajah manusia|Semalam aku terbaca kisah ini melalui perkongsian rakan di laman whatsapp. Mulanya macam tak percaya, tapi lepas tengok gambar dan bertanyakan pada rakan-rakan, aku menjadi semakin percaya. Benar, hanya dengan kekuasaan Allah sahaja, setiap apa yang di bumi ini boleh terjadi.

Kambing Lahirkan Anak Manusia


Aku masih tertanya-tanya, apakah penyebab kepada lahirnya anak kambing yang wajahnya sedikit iras manusia tu. Bila aku mulakan perbualan dengan rakan-rakan, ramai daripada mereka yang katakan, berkemungkinan ada manusia yang berSetubuh Dengan Kambing tersebut. Kurang faham? Orang main dengan kambing. Ha, faham?


Mungkin ada daripada kita yang tak percaya, tapi percayalah, terdapat 1 penyakit di mana, manusia lebih bernafsu dengan haiwan! Jijik bukan! Masih tak percaya? Cubalah cari dekat internet, pasti korang akan jumpa. Tak silap aku, penyakit tu di beri nama Zoophilia. Kalau tak silap aku la.

Ok, berbalik semula kepada cerita Kambing Lahirkan Anak Manusia ni,kes ini terjadi di Negara kita ya! Bukan Negara luar! Itu yang sedikit memeranjatkan aku. Dan melalui perkongsian gambar, memang ada sedikit wajah manusia pada wajah anak kambing tersebut.

Walau bagaimanapun, anak kambing tersebut mati selepas di tanduk ibunya sendiri. Mungkin disebabkan ibu kambing tersebut tidak percaya yang dilahirkan itu adalah anaknya. Pada aku ada baiknya juga anak kambing tersebut mati, kerana risau takut ada yang mengangkat anak kambing itu sebagai sesuatu yang keramat!

Mengikut kata ustaz, anak kambing itu mesti di uruskan sama seperti manusia Cuma tiada solat. Mengenai hal itu, aku kurang jelas. Biarlah mereka yang lebih arif bercerita mengenai hal ini. Fikiran aku, mungkin disebabkan Kambing lahirkan anak berwajah manusia, ianya perlu di uruskan seperti manusia.

Ibu kambing tersebut pula di sembelih dan di tanam. Kata ustaz juga, dagingnya tidak boleh di makan. Sekali lagi, aku tak boleh bercerita panjang mengenai hal ini. Biarlah mereka yang bijak pandai bercerita mengenai hal ini. Tujuan dilakukan seperti itu, mungkin sama halnya dengan apa yang aku ada katakan awal tadi.

Pada aku, aku juga bersetuju dengan tindakan itu. Sebabnya, bila berlaku sesuatu seperti ini, ada beberapa pihak yang akan menganggap haiwan tersebut mempunyai keramatnya tersendiri dan mula memuja haiwan tersebut. Jadi pihak berwajib ingin mengelakkan perkara ini daripada terjadi, maka membuat keputusan untuk menyembelih kambing tersebut.


Apa pun, ada sesuatu yang ingin disampaikan dengan kejadian Kambing lahirkan anak berwajah manusia ini. Kita sebagai manusia, harus memikirkan kenapa perkara seperti ini terjadi. Sama-samalah beringat sesama kita. Semoga dijauhkan dari segala perkara yang tidak di ingini. Amin.

You Might Also Like

4 comments

  1. tak de gambar ke?huhu nak tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada..cuba adk dayah search dekat google..saya saja je malas nak upload dekat sini..sebab rasa macam mengganggu pula kalau tengok lama-lama..:)

      Padam
  2. Salam jumaat..
    Ada juga terbaca...
    tp x sanggup nak tgk gambar...
    apa² pun..semoga kejadian seperti itu tidak lagi berulang di negara ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam saya, saya cepat-cepat download gambar tu..sebab nak tengok, betul ke rupa manusia..betullah tu, semoga kejadian ini tidak berulang lagi. amin.

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email