Jangan melancong ke Negara Indonesia! - ceritaejoy

Jangan melancong ke Negara Indonesia!

2:58 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Jangan melancong ke Negara Indonesia! Negara Indonesia ataupun Republik Indonesia. Salah sebuah Negara daripada benua asia. Bagi mereka yang tidak tahu, Indonesia adalah Negara kepulauan terbesar di dunia dengan jumlah keseluruhan pulau sebanyak 13,466! Bayangkan ada 13 ribu lebih pulau di Indonesia! Wow! Indonesia merupakan Negara dengan kepadatan penduduk keempat paling ramai di dunia! *sumber Wikipedia*.

Baiklah. Kenapa aku cakap Jangan melancong ke Negara Indonesia? Jawapan Nya, kerana korang akan terlalu kagum dengan pulau-pulau dan muka bumi di Indonesia! Terlalu cantik! Pulau-pulau di Indonesia terlalu cantik! Air laut nya bersih. Malahan kampung-kampung nya juga bersih dan cantik! Beruntunglah warga Indonesia kerana dikurniakan dengan bentuk muka bumi yang sungguh indah!

Aku memasang impian untuk sampai ke Negara Indonesia. Banyak cerita-cerita menarik yang aku baca, samada dari blogger malaysia mahupun blogger Indonesia sendiri mengenai lokasi-lokasi menarik yang ada di sana. Tidak hairan lah kenapa Indonesia menjadi pilihan utama pelancong dari malaysia mahupun luar Negara.



Aku suka dengan rekabentuk rumah di bali. Hinggakan aku menginginkan 1 konsep bali di rumahku. insyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan ku itu. Tidaklah aku mengatakan Negaraku, malaysia tidak cantik. Tetapi, inikan bumi Allah. Allah menjadikan bumi ini terlalu indah. Dan Indonesia adalah sebuah Negara yang mana, dikurniakan bentuk muka bumi yang cukup indah. Sungguh indah.

Baru sekejap tadi, aku baca cerita seorang teman yang baru pulang dari Indonesia. Gambar-gambar yang dikongsikan serta cerita yang mengasyikkan, membuatkan semangat aku semakin kuat untuk sampai ke sana. Mengenai tambang? Jangan risau, Airasia kan selalu mengadakan tambang murah? Cumanya masa yang sesuai belum kunjung tiba. Hehehe.

Banyak lokasi menarik yang telah aku catatkan jika aku berpeluang untuk sampai ke Negara Indonesia. Salah satunya dah tentulah bali. Aku ingin melihat sendiri rekabentuk rumah di sana. Melihat melalui gambar memang sangat berbeza jika dilihat dengan mata kasar. Corak budaya di sana juga adalah 1 pengalaman baru kepada setiap pengunjung yang tiba.

Haip! Semoga aku dan keluarga di permudahkan untuk sampai dan menerokai lokasi menarik di Indonesia! Amin!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email