Jaga bangla lagi senang. - ceritaejoy

Jaga bangla lagi senang.

9:53 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Jaga bangla lagi senang|Pagi tadi waktu aku nak beli sarapan untuk anak-anak aku, aku terdengar perbualan orang-orang tua dekat meja sebelah. Yelah, baru balik solat subuh, lepak dulu perkena roti canai dengan kopi. Perbualan mereka merangkumi pelbagai topic. Dari 1 topik ke 1 topik. Aku tak berapa tertarik dengan topik perbualan mereka, tetapi 1 ada perkara yang buatkan aku fokus pada apa yang mereka katakan.

Salah seorang daripada mereka *mereka ada 4 orang* masih muda. Dalam lingkungan 30an ke 40an. Buka topik mengenai gaji dan pekerjaan sekarang. Banyak yang dipersoalkan dan diutarakan. Dalam fikiran aku, dia ni mesti team leader dekat tempat kerja dia. Sebab dari apa yang dia cakapkan, dia pasti ramai pekerja di bawah tanggungjawab dia.

Masalah biasa yang aku dengar dekat tempat kerja aku. Pekerja tak datang kerja, kerap MC, kerap emengrcy leave, malas, suka bergaduh, tak dengar kata, kuat bodek. Adoi! Macam-macam. Dan menjadi kebiasaan juga, apabila tiba waktu evaluation bagi pembayaran bonus, mereka-mereka inilah yang ingin menjadi no 1. Seolah-olah lupa dengan apa yang mereka buat sebelum ini.


Dan menjadi kebiasaan juga, bila dapat result yang teruk, mereka akan protes. Macam-macam yang mereka buat. Yang paling teruk adalah boikot ataupun rosakkan barang syarikat. Bila dalam keadaan semacam ini, memang susahlah team leader nak beri arahan. Sebabnya, confirm mereka tak akan dengar punya. Kan?

Dan atas alasan itulah, kenapa ramai majikan yang suka ambil pekerja asing. Kata mereka, pekerja asing lebih senang mendengar arahan. Lebih senang dikawal. Dan mereka juga tidak kisah dengan bayaran gaji *betul ke?*. Aku ada seorang rakan yang punya syarikat sendiri. Aku tanya pada dia, kau ambil pekerja asing ke pekerja kita. Jawapan dia senang je, pekerja asing.

Aku tanya lagi, kenapa pekerja asing? Kenapa bukan pekerja kita? Bukan takda orang kita nak buat kerja macam tu. Alasan yang dia beri, sama macam alasan yang aku berikan dekat atas. Bila dengar macam tu, aku tak leh nak kata apa la. Lagipun bukan syarikat aku kan? Kalau syarikat aku, memang aku akan lebihkan orang kita.

Dalam situasi semacam ini, takleh nak salahkan orang kita juga. Sebab bukan semua orang macam tu. Mungkin segelintir sahaja. Ramai lagi yang boleh berikan perkhidmatan yang terbaik kepada majikan mereka. Janganlah hanya seorang dua, habis semuanya. Pada aku penilaian itu perlu ada. Buang mereka yang bermasalah sahaja. Simpan mereka yang memberikan yang terbaik.

Sebab mereka yang bermasalah inilah, punca kepada merebaknya masalah. Kalau dari awal-awal kita dah nampak masalah, selesaikan terus. Tak perlu pertimbangkan lagi. Beri peluang pada mereka yang benar-benar memberikan yang terbaik kepada syarikat. Janganlah sampai orang cakap, jaga bangla lagi senang. Jangan hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. Yer.

You Might Also Like

2 comments

  1. Setuju sangat.. sepatutnya masalah diatasi..
    Dah tau perkerja tu bermasalah, buang jelah..
    kalau ikutkan, ramai je rakyat malaysia yang masih nak kerja..
    Tapi kerana segelintir nie, habis semua terpalit sama..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email