Ingin terbang lagi ke Bangkok, Thailand. - ceritaejoy

Ingin terbang lagi ke Bangkok, Thailand.

9:46 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Ingin terbang lagi ke Bangkok, Thailand|Alhamdulilah. Dengan kerja aku lah, aku dapat terbang ke Negara gajah putih berulang kali. Bukan nak kata tak boleh nak guna duit sendiri, tapi kalau nak menyimpan tu, ambil masa yang lama sikit. Hehe. Baiklah, aku baru sampai ke Ayutthaya, prachin buri dan Bangkok.

Dah nama pun urusan kerja kan, kalau pergi sendiri, memang merata dah aku sampai. Orait, kenapa aku suka pergi Thailand? Sebelum apa-apa, jangan ada yang cakap aku suka sebab boleh layan Thai Oil Massage dekat Bangkok tu yer. Aku suka pergi Thailand sebab aku suka dengan budaya dan lokasi menarik dekat sana.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Lagi 1, sebab aku suka beli barang. Apa-apa barang lah. Sebab harga barang dekat sana boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan Negara kita ni. Aku kalau sampai Thailand, dalam kepala aku dah fikir beberapa lokasi. Antaranya, Chatuchak Market atau Pasar Chatuchak. Bagi mereka yang tak tahu, Chatuchak Market adalah salah satu pasar terbesar di dunia.

Kalau malam pula, aku suka pergi Rod Fai Market. Sama je sebenarnya dengan Chatuchak, tapi rod fai ni buka malam je. Lokasi ini adalah bekas tapak perhentian keretapi lama. Bagi mereka yang suka kumpul barang-barang lama, aku cadangkan korang pergi sini. Lokasinya pun di Bangkok. Cuma nasihat aku, bawalah wang banyak sikit, sebab barang-barang dekat sini murah tau. Hehehe.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Bagi mereka yang inginkan suasana mewah, korang boleh pergi ke Asiatique. Dekat sini korang boleh terserempak dengan selebriti Thailand *kalau korang kenal la* hehehe. Cumanya dekat sini barang-barang nya sedikit mahal. Tapi bagi mereka yang nak cari beg naraya, ha, baik korang datang sini. Waktu aku sampai sini dulu, penuh aku borong beg naraya nak hadiahkan pada wife. Hahahaha.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Tapi kan, tapi, di antara lokasi beli belah paling top dekat Thailand adalah di Mbk Bangkok. Dan apa yang aku suka dekat sini adalah, foodcourt nya. Hahaha. Sebab kat situ ada macam-macam makanan dari seluruh Negara asia! Korang pilih je nak pakai makan apa. Suasana tempat makannya juga selesa. Barang-barang dekat sini pun boleh tahan murah. Kalau korang pandai “deal” harga, confirm boleh dapat lebih murah.

Ish! Bila aku bercerita lokasi-lokasi ni, buatkan aku Ingin terbang lagi ke Bangkok, Thailand. Dan aku ternampak peluang bagi Rakyat Malaysia yang suka mengembara <Ganjaran pakej pelancongan dan wang tunai RM10,000!> Untuk dimenangi! Syarat-syarat nya juga mudah. Tidaklah mudah seperti share gambar boleh dapat beg LV ya! Tapi mudahlah dan peluang untuk menang tu juga tinggi. Semoga ada rezeki untuk aku dan anak-anak. Amin. Hehehe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email