Impian untuk memiliki kamera terbaik. - ceritaejoy

Impian untuk memiliki kamera terbaik.

10:05 PG

Camera Leica    e wallpaper background

Impian untuk memiliki kamera terbaik|Aku masih mencari-cari kamera untuk kegunaan peribadi aku. Juga dalam menghasilkan sesuatu untuk blog ceritaejoy. Seorang teman memberitahu aku sebuah kamera “kecil” tapi mampu menghasilkan gambar yang sangat superb! Jadi, mari berkenalan dengan Kamera Leica!

Bagi mereka yang tak tahu dan baru pertama kali mendengar mengenai kamera ini *termasuklah aku*, Kamera Leica Adalah jenama kamera yang dihasilkan oleh syarikat Jerman. Dalam sejarahnya, syarikat yang menghasilkan kamera ini dulunya bernama Optische Institut von Ernst Leitz of Wetzlar dan ditubuhkan pada tahun 1869 khusus untuk menghasilkan mikroskop.


Pada tahun 1911, seorang jurugambar dan ahli optik bernama Oskar Barnak yang bekerja di syarikat tersebut telah berjaya menghasilkan kamera mudah alih Leica pertama yang merupakan paling awal dari pembuatan kamera 35mm. Produk kamera pertama yang dilancarkan syarikat ini disebut Ur-Leica, di mana Ur bermaksud asli atau prototaip dan Leica dari singkatan Leitz Camera.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kamera Leica Termahal.

Perkara pertama apabila aku mendapat tahu mengenai sesebuah kamera itu adalah, Mencari berapakah harga nya. Ternyata! Ianyanya tidaklah semurah yang aku sangka. Dan jangan ada yang tanya, Kamera Leica Paling Murah sebabnya korang tak akan jumpa. Tak percaya, cuba korang cari dekat mudah.com. Dan tengok harga nya, adoi!

Tetapi, bila melihat pada harganya yang mahal, sudah pasti ianya mampu memberikan yang terbaik daripada yang terbaik. Betul tak? Tak kanlah kita beli kamera mahal-mahal, tetapi kualitinya cap ayam? Mustahil lah kan? Jadi, boleh aku katakan, Kamera Leica di antara yang kamera Terbaik!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kamera Leica Mirrorless.

Dulu, aku cukup suka dengan DSLR. Lagi gabak, lagi aku suka. Kena pulak yang pakai lens panjang-panjang tu. Uish! Dah macam bawa senjata nak pergi perang je. Tapi disebabkan masa berlalu, minat aku pun makin berkurang pada kamera besar-besar ni. Maka, minat pun beralih pada kamera mirrorless.

Kenapa aku suka kamera mirrorless? Salah satu sebab nya adalah, ianya ringan dah mudah untuk di bawa kemana-mana. Bukanlah kata kamera DSLR tu tak boleh bawa jalan-jalan. Tapi aku pasti berhadapan dengan masalah ruangan dalam beg kalau bawa kamera besar-besar. Jadi penyelesaiannya adalah Kamera Leica Mirrorless.

Jangan ada yang tak tahu ya, walaupun ianya kecil, kualiti gambar yang dihasilkan adalah sama hebat dengan kamera DSLR. Atas alasan itulah, harganya adalah sama mahal dengan kamera-kamera gabak yang lain. Amacam?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kamera Leica Untuk Pemula.

Ok, sekarang, siapa yang berminat nak memiliki kamera ini? Jika berkemampuan, apa salahnya kan? Hehe. Bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak menggunakan kamera ini, model permulaan yang paling sesuai bagi anda adalah Leica M 240 dan Leica X Vario.

Model ini aku sendiri pun tak pernah dengar sebelum ni. Aku baca dari blog rakan Indonesia. Walaupun ianya adalah di dalam kategori permulaan, tapi harganya masih boleh tahan. Sebab tu lah aku cakap, Kamera Leica ni antara yang termahal tadi. Waaa! Sedihnya!

Tapi kan, kalau kualiti gambar yang diberikan kamera ini, adalah kualiti yang terbaik daripada yang terbaik, apalah nilai nya belasan dan puluhan ribu kan? Silap-silap, gambar yang dihasilkan itu lebih mahal daripada kamera korang.


Orait! Yang check tabung kamera aku ni. Nak tengok dah berapa simpanan ni. Kalau belum cukup, kena fikir kan macam mana nak tambah lagi simpanan tu. Dah jumpa yang terbaik, harga pulak kurang terbaik bagi aku. hahahaha! Semoga aku dan kalian semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi ya! Dan semoga aku akhirnya berjaya beroleh sebuah Kamera Leica Mirrorless!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email