Impian untuk memiliki Earphone Beats Dr Dre. - ceritaejoy

Impian untuk memiliki Earphone Beats Dr Dre.

11:30 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Impian untuk memiliki Earphone Beats Dr Dre|Aku memang penggemar musik. Dan aku sangat gemar mendengar musik dalam keadaan musik itu berbunyi kuat. Kalau tidak menggunakan earphone, sudah pasti ia akan menghasilkan bunyi bising kepada orang sekeliling. Dan Earphone Beats Dr Dre pada aku adalah di antara yang paling aku idamkan kerana pengalaman muzik yang diberikan adalah berbeza jika dibandingkan dengan earphone dari jenama lain.

Baiklah. Jika sesuatu produk itu berkualiti, sudah pasti lah harga yang perlu di bayar juga adalah tinggi. Buat masa sekarang, harga earphone yang aku gunakan cumalah di antara RM20 hingga RM50. Tetapi harga bagi 1 Earphone Beats Dr Dre adalah RM400! Warghh! Melihat kepada harga nya, dah pasti kita akan terfikir banyak kali untuk memiliki earphone jenama ini.


Aku suka bunyi bass. Dan kenapa Earphone Beats Dr Dre menjadi pilihan? Ceritaejoy macam ni, aku ke pusat membeli belah di Bandar Melaka. Di sebuah kedai elektronik, ada “display” Earphone Beats Dr Dre. Aku pun ambillah kesempatan untuk mencuba. Serius! Bunyi muzik yang aku dengar sangat-sangat berbeza jika dibandingkan dengan earphone yang aku guna sebelum ni.

Dengar memang seronok, tapi bila tengok harga, adoi! RM400 tu! Terbeliak biji mata wife aku. hahaha. Tapi aku dah simpan impian nak beli dah. Saja aku tak kasi tau wife. Sebabnya, kalau aku beritahu, confirm dia akan berusaha untuk alihkan impian aku tu, ke arah yang lain. Adoi. Kenapa? Kenapa?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Sekarang ni, aku tengah mencari ilmu, bagaimana untuk mengelakkan diri aku daripada tertipu. Yelah, dah tentu banyak produk yang bukan original kat pasaran. Kang kita bayar mahal-mahal, rupanya produk tiruan. Banyak juga blog yang menceritakan perbezaan mengenai perbezaan Earphone Beats Dr Dre original dan tiruan.

Haip! Apa pun, semoga segala perancangan aku untuk memiliki Earphone Beats Dr Dre akan tercapai. Tak lama je lagi, tinggal sebulan je. insyaAllah, ada rezeki lebih, mesti kena beli 1. Dan bila dah beli, kena simpan atas rak tinggi-tinggi. Sebabnya takut anak aku ambil dan habis di rosakkannya. Sama semacam yang dia lakukan pada earphone aku yang sebelum ni. Adoi!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email