Forum Dr Zakir Naik di batalkan atas sebab agama? - ceritaejoy

Forum Dr Zakir Naik di batalkan atas sebab agama?

4:35 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Forum Dr Zakir Naik di batalkan atas sebab agama?| Viral! Sungguh viral di laman sosial bilamana forum yang di jadualkan akan di buat di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka, pada 17 April ini di batalkan atas alasan untuk menjaga ketenteraman awam di malaysia. Ketua polis Negara dalam berkata dalam laman twitternya, forum mengenai persamaan di antara agama Hindu dan Islam wajar tidak diteruskan bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjaga.

Melalui banyak komen yang aku baca, ada yang menuduh Dr Zakir Naik sebagai wahabi. Bagi penjelasan penuh mengenai wahabi, kalian boleh lah merujuk kepada yang lebih arif mengenainya. Berbalik semula kepada isu Forum Dr Zakir Naik di batalkan atas sebab agama ini, aku secara jujurnya, tidak benar-benar jelas mengenainya.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Mengikut apa yang aku faham, malaysia mengamalkan kebebasan beragama. Dimana, mana-mana agama berhak untuk menjalankan apa yang diperintahkan oleh agama mereka termasuklah islam. Dalam isu ini, apa yang aku lihat, Dr Zakir Naik datang dalam siri Zakir Naik Malaysia forum, hanya untuk menjelaskan lagi mengenai agama islam berdasarkan fakta dan bukannya logik akal semata-mata.


Ini bermaksud, beliau menggunakan apa yang telah tertulis di dalam Al-quran sebagai sumber kepada forum beliau. Tiada tokok tambahnya. Dan forum ini tidak memaksa sesiapa sahaja untuk hadir. Mereka yang bukan beragama islam juga boleh hadir pada forum ini. Ianya pada aku, adalah 1 bentuk perbahasan. Jadi, aku tidak melihat, jika ianya boleh mendatangkan sesuatu yang di luar kawalan.

Mungkin aku hanyalah blogger picisan tidak seperti mereka yang bijak pandai. Mungkin pihak polis juga mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Itu aku kurang pasti, tetapi bagi aku, aku kurang bersetuju Forum Dr Zakir Naik di batalkan atas sebab agama. Ini adalah kerana, bukankah islam adalah antara agama terbesar di malaysia?

Sekali lagi, aku bukanlah orang bijak pandai di dalam hal ini. Aku pasti, ada jawapan yang khusus kepada permasalahan ini. Semoga kita semua diberikan Rahmat olehnya. Amin.

You Might Also Like

2 comments

  1. Makin viral In Shaa Allah akan makin ramai yang akan kenal Dr Zakir lepas ni

    BalasPadam
  2. Cheq As dah kenal lama dengan Dr Zakir Naik..abah selalu tonton rancangan dia kat tv..jadi terlibat lah sama tengok ceramah dan kepetahan beliau..follow my blog juga http://fingertips-touch.blogspot.my

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email