Emas powergold tidak di terima di Melaka! - ceritaejoy

Emas powergold tidak di terima di Melaka!

7:21 PTG

produk powergold

Emas powergold tidak di terima di Melaka! Bagi mereka yang mengikuti atau ada membuat Pelaburan Emas, jenama powergold sememangnya tidak asing lagi buat mereka. Namun jenama ini tidaklah dikenali ramai berbanding jenama emas lain seperti jenama Emas Poh Kong ataupun Emas Habib Jewel. Di atas alasan inilah, ramai yang kurang yakin dengan jenama emas daripada syarikat Amethyst Gold Creation Sdn Bhd.

Aku mengenali jenama emas ini daripada sepupu kepada isteri aku. Beliau boleh dikatakan di antara yang aktif di dalam memasarkan jenama emas powergold ini. Aku juga mempunyai beberapa simpanan emas daripada syarikat ini. Tujuan aku menyimpan emas bukanlah sebagai pendapatan semata-mata. Ianya bertujuan bagi kemudahan aku ataupun anak-anak aku berbelas/berpuluh tahun daripada sekarang.

Emas Powergold Tak Laku.


Baru-baru ini, ada seorang rakan aku yang ingin menjual Simpanan Emas Powergold beliau. Mengikut daripada kata sepupu isteri aku, emas powergold di terima hampir kesemua kedai emas di Melaka! Itu kata beliau. Dan bagi aku yang tidak berminat untuk menjualnya semula, sememangnya akan mempercayai setiap daripada kata-kata beliau.


Namun sebaliknya berlaku! Tiada satu pun kedai emas di Melaka yang mahu membeli semula emas powergold. Hampir kesemua pejabat pos yang mempunyai sistem Pejabat Pos Arrahnu, kedai emas mahupun kedai pajak! Kesemuanya tidak mahu menerima emas powergold. Ini adalah disebabkan oleh belian emas powergold tidak di datangkan khusus dengan sijil/surat belian. Berbanding jika kita beli emas di kedai emas yang aku nyatakan di atas. Kita akan diberikan surat tertera nilai emas yang di beli.

Dan apa yang boleh aku rumuskan dekat sini, Emas powergold tidak di terima di Melaka! Tak sama seperti apa yang diperkatakan oleh sepupu mahupun wakil-wakil jualan emas syarikat Amethyst Gold Creation Sdn Bhd ini! Bayangkan, kita beli emas dengan nilai yang tinggi tetapi tidak diterima oleh kedai apabila kita berniat ingin mendapatkan sedikit wang? Apa perasaan korang bila berhadapan dengan situasi seperti ini?

Mengenai hebahan Emas Powergold Tipu, aku sangat pasti jika mereka yang berhadapan dengan situasi seperti ini pasti akan bersetuju dengan kata-kata itu. Namun pada aku, selagi mana ia bergelar emas, tiada istilah penipuan yang berlaku. Melainkan emas yang dibeli itu bukanlah emas dan hanya besi semata-mata.

Aku sendiri kurang pasti mengapa Emas powergold tidak di terima di Melaka, ini adalah kerana, menurut sumber daripada rakan-rakan terdekat, emas powergold di terima hampir kesemua kedai emas di kuala lumpur. Apakah faktor penggunaan yang masih belum meluas di kawasan Melaka? Ataupun memang benar Emas Powergold Tak Laku?


Tepuk dada, tanya hati.

You Might Also Like

2 comments

  1. maaf mau nanya diluar topik, btw template yang dipakai blog ini bagus.. kalo boleh tahu templatenya dapat dimana

    BalasPadam
    Balasan
    1. hye...kamu boleh dapatkan template ini di ThemeXpose..:)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email