Cara paling senang nak daftar Paypal. - ceritaejoy

Cara paling senang nak daftar Paypal.

4:29 PTG

Cara paling senang nak daftar Paypal|Hari ini, aku terasa nak mengajar pula. Bukanlah nak kata aku ni bagus, tidak, Cuma ada ilmu sikit, apa salahnya kita kongsikan, betul tak? Yang sebenarnya, wife aku yang kerap tanyakan, Cara Daftar Paypal Malaysia ni. Katanya nak belajar Buat Duit Usd Online. Aku gelakkan aja lah. Yelah, aku pun, bukan dalam kategori berjaya lagi, tapi dah merasa jugalah duit USD ni. Hehehe. Orait! Jom kita belajar 1 persatu ya!

Cara paling senang nak daftar Paypal.


Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk Buat Akaun Paypal adalah pergi ke laman paypal di : Paypal.com

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Orait. Sekarang, nampak tak perkataan Sign Up kat bahagian atas sebelah kanan tu? Ha, sila klik situ dengan rasa senang hati ya.

Selepas anda tekan button tu, akan keluar pula paparan seperti gambar di bawah ini. Orait! Langkah seterusnya adalah, klik pada bahagian “Buy with PayPal”.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Untuk aku, aku klik pada bahagian yang aku sebutkan tadi. Namun, jika tuan-tuan, puan-puan nak klik pada bahagian “Receive payments with PayPal” pun boleh. Tiada masalah. Ya. 


Orait. Setakat ini semuanya berjalan lancar ya? Jika begitu, boleh saya teruskan tutorial Cara paling senang nak daftar Paypal ni? Baik! Terima kasih! Hehe.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Orait! Selepas klik pada button tu, akan keluar pula paparan seperti ini. Nampak tak wajah 2 jejaka dan 1 wanita tu? Orait. Abaikan ia sebab takda kena mengena pun dengan tutorial aku ni. Hahahaha. 

Langkah seterusnya adalah, isikan detail-detail yang diperlukan. Disebabkan tutorial ini adalah Cara Daftar Paypal Malaysia (How to Sign Up Paypal Malaysia) , sila lah pilih Negara malaysia ya!

Kalau tajuk tutorial ni, Cara Daftar Paypal Indonesia (How to Sign Up Paypal Indonesia) sila lah pilih Negara Indonesia ya! Macam mana pula kalau tutorial Paypal Canada Sign Up? Boleh ke kalau nak letak Negara malaysia? Jawapannya? Boleh la kut. Hahaha. 

Aku bukan borak kosong ya, kadang-kadang, soalan macam ni la yang ramai orang sibuk nak tanya. Jadi, dah dapat jawapan kan?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Ok. Selepas dah isikan detail yang diminta, akan keluar pula paparan seperti ini. Macam biasalah, isilah semua detail yang diperlukan ya!

http://ceritaejoy.blogspot.my/


Selepas dah isi, akan keluar pula paparan ini. Untuk paparan ini, aku terus klik pada “I’ll do it later”. Tapi kalau kalian semua nak isi pun boleh ya. Kenapa perlu isi? Kalian boleh baca pada bahagian kanan tu ya. Kalau tak faham bahasa inggeris macam aku, guna sahaja google translate. Hahaha.

Ok. You're ready to go!? Tak dengar! You're ready to go!? Yes! Itulah ayat yang korang akan baca dalam paparan seterusnya ini! wahaha! Ini menunjukkan yang korang hampir memiliki akaun paypal korang! Yes! Pada diri sendiri sekarang! Hehehe. 

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Apa nak buat seterusnya? Nampak tak 4 item tu? Klik lah pada mana-mana bahagian yang korang suka. Kalau aku? aku terus klik pada bahagian “Go to your account” dekat bawah tu. Sebab? Sebab aku tak sabar-sabar nak tengok akaun paypal malaysia aku ni. Wahaha.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Orait. Dah pergi ke akaun korang? Paparan akaun tu adalah seperti ini. amacam? Seronok tak ada akaun paypal? Sila seronok sekarang. Hahaha. Tapi, haip! Nanti dulu, korang kena sahkan dahulu email korang. Nampak tak ayat “Confirm email address” dekat sebelah kanan tu? Ha, klik situ dan sahkan email korang.

Ahha! selepas itu, tadaa! Korang dah pun ada akaun paypal malaysia! Seronok tak? Hehe. Dan berakhirlah Cara Daftar Paypal Malaysia (How to Sign Up Paypal Malaysia) aku ni. Dan sedikit pertanyaan dari aku, adakah tutorial ini membantu? Jika tidak, sila tinggalkan komen anda di bawah. Terima kasih. J

You Might Also Like

4 comments

  1. tq ejoy next time nak buka paypal boleh guna sebagai tutorial kak ana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha..cepat-cepat buat kak..nanti kalau dapat review yang bayar pakai usd, dah boleh terima dah..hehehe

      Padam
  2. tenkiu abang ejoyy for the tutorial. nanti saya buat entri cara daftar paypal versi saya pulak muhahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahha..boleh saja..janji cara sendiri bukan copy paste..hehehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email