Cara paling mudah Buat Thai Green Tea. - ceritaejoy

Cara paling mudah Buat Thai Green Tea.

12:08 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Cara paling mudah Buat Thai Green Tea. Musim El Nino Di Malaysia kali ini dikatakan sangat panjang berbanding sebelum ini. Malahan, ramai yang bertanya kan, sampai bila ianya akan berakhir. Dan untuk soalan itu, umum mengetahui, tiada jawapan ke atasnya. Tapi tahukah anda, musim panas yang berpanjangan ini juga merupakan rahmat dan membuka rezeki ramai orang? Ya! Kita boleh tengok Bisnes Air Gelas Besar tumbuh bak cendawan di merata-rata kawasan.

Dengan harga RM5 sahaja, kita mampu menghilangkan rasa haus akibat daripada kesan panas ke atas tubuh kita. Baiklah, dalam edisi kali ini, aku nak kongsikan 1 resepi istimewa. Menu ini boleh dikatakan menu favorite mereka yang gemarkan air gelas besar ni.  Ahha! Air Teh Hijau Thailand ataupun Thai Green Tea Latte. Fuh, minum time cuaca panas macam ni, adoi, umphh! Kena pulak buat sendiri, boleh minum banyak kali kan? Hehe.

Resepi Teh Hijau Thailand.


Cara Buat Thai Iced Tea tersangat lah senang. Rasanya kalau semua orang tahu, mesti hari-hari buat dekat rumah. Kan? Hehehe. Baiklah, apa yang korang perlukan?

Bahan-bahan:

- 2 sudu besar teh hijau Thai
- 6 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar susu cair
- 500ml air panas
- Ais

Cara nak buat?

1. Bancuh teh hijau dan biarkan selama 5 minit
2. Tapis air teh dan blend bersama susu pekat dan susu cair
3. Hidang dalam jag / gelas berisi ais
4. Kalau nak lagi berkrim: Tambah susu cair!
5. Kalau tak berapa kisah pasal diet: Tambah whipped cream dan taburkan serbuk teh hijau!

Lepas tu nak buat apa? Lepas dah siap hidang dan minumlah sampai kenyang! Hahaha. Harga dekat kedai boleh pergi sampai RM5 atau RM10. Bergantung dekat lokasi mana korang minum. Tapi kalau buat sendiri, kosnya tak sampai RM5. Lagi puas hati. Boleh minum banyak kali. Kan? Tapi, nanti dulu, ini resepi biasa je. Kalau korang nak resepi rahsia dan istimewa, korang boleh baca dekat entry ni < thai green tea secret recipe>.

*Mana tahu, selepas mereka yang baca entry ini terus buka kedai gelas besar pula, rezeki ada di mana-mana kan? Hehehe*

Pssst..jangan lupa dapatkan Baucar KFC percuma dekat sini: Giveaway : Baucar KFC percuma 2016.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email