Bila orang menjauhkan diri dari kita. - ceritaejoy

Bila orang menjauhkan diri dari kita.

11:27 PG

kawan sebenar

Bila orang menjauhkan diri dari kita|Pernah tak korang merasa, ada masanya kita diperlukan oleh semua orang. Tetapi ada masanya, kita seperti terpinggir. Aku sendiri kerap merasakan hal seperti ini. Ada juga aku kongsikan dalam blog ceritaejoy. Jadinya, bila kerap berhadapan dengan situasi seperti ini, ianya seakan tidak memberi apa-apa pada diri aku.

Kenapa? Kerana aku merasakan kenapa perlu kita terlalu memikirkan sesuatu yang sebenarnya tidak memberi apa-apa kepada kehidupan kita? Tidaklah aku mengatakan, rakan-rakan sekeliling itu tidak penting, tetapi kita masih punya orang tersayang yang sememangnya sentiasa ada di sisi kita.


Kita punya isteri dan anak-anak ataupun keluarga tersayang. Mereka tidak akan kemana-mana. Berbanding dengan rakan-akan yang ada pasang surut nya tu. Aku kadang-kadang tertanya-tanya juga *tetapi tidak serius memikirkan* kenapa mereka jadi seperti ini?

Yelah, ada masanya, kita jadi macam sumber utama pada mereka. Hingga kan kita pergi mana pun, mereka nak ikut. Tapi ada masanya, kita duduk dengan mereka pun, mereka buat macam kita tak ada dekat situ. Macam lutsinar. Walaupun kita bersuara, suara itu seperti tidak mampu didengari oleh mereka.

Bagi aku, bila berhadapan dengan situasi semacam ini, aku akan mula mengenal siapa rakan yang sebenarnya. Apakah rakan itu hanya mahu senang ataupun bersama kita walau dalam apa jua keadaan. Ramai yang sekadar mahu bersenang dengan kita. Sangat sukar mencari rakan yang mahu susah senang bersama kita.

Bila aku buka FB sekejap tadi, aku terbaca 1 kisah yang dikongsikan Al Memorabilia di laman Fb nya, ayat yang dikongsikan sangat mudah untuk dipahami dan sememangnya memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Ayatnya berbunyi seperti ini:

“ Apabila seekor lebah dicampakkan ke dalam sampah, apakah yang akan di cari oleh lebah tersebut? Apakah jawapannya madu? Tidak! Lebah akan mencari bunga yang kemudiannya akan menghasilkan madu. Bagaimana pula kalau seekor lalat dicampakkan ke sebuah taman yang dipenuhi bunga? Apakah lalat akan mencari bunga? Jawapannya tidak! Lalat akan tetap mencari sampah di dalam puluhan bunga tersebut”


Apa yang cuba di sampaikan dalam ayat di atas adalah, cuba untuk menjadi lebah, walaupun diperlihatkan dengan pelbagai benda yang tidak elok, lebah tetap memikirkan yang terbaik yang akhirnya menghasilkan perkara yang positif. Dan janganlah menjadi seperti lalat. Walaupun banyak kebaikan yang ada, tetap mencari yang tidak elok dan mana akhirnya menjadikan dirinya sentiasa berfikiran negative. 

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email