Berani merubah kehidupan. - ceritaejoy

Berani merubah kehidupan.

9:02 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/


Berani merubah kehidupan. Biasanya ayat macam ni, digunakan oleh pakar-pakar motivasi kewangan dan perniagaan. Tapi ianya bukanlah milik multak individu kan? Jadinya, aku pun nak gunakan ayat semacam ini, sebagai merujuk kepada diri aku sendiri. Dalam dunia sekarang ni, boleh aku katakan, siapa lambat, dia tertinggal ke belakang, siapa cepat, dia berjaya.

Orang cakap, kalau kita makan gaji, kita tak akan berjaya. Hanya berada di tampuk sama sampai bila-bila. Hanya dengan melangkah ke dalam dunia perniagaan, barulah kita dapat merasai kehidupan dunia yang sebenar. Masalah yang aku dan mungkin beberapa rakan lain hadapi adalah, Bagaimana Ingin Memulakan Perniagaan? Dan dalam kategori apakah perniagaan itu?


Aku masih tercari-cari, apakah produk yang ingin aku niagakan. Dan sudah tentulah produk itu mendapatkan permintaan dari orang ramai. Kesalahan biasa yang ramai perniaga baru lakukan adalah, ada produk yang baik, tetapi tiada permintaan. Masalahnya sekarang, macam mana aku nak tahu, apakah permintaan produk mereka yang berada disekeliling mahupun dalam “range” aku.

Ada yang kongsikan Cara Memulakan Perniagaan Kecil Kecilan iaitu mulakan di pejabat mahupun kawasan perumahan. Dan aku sudahpun melakukan hal itu. Aku membantu isteriku di dalam Perniagaan Jahitan. Ambil Upah Jahit Baju Kurung dan Jahit Langsir. Kalau di pejabat, membantu meniagakan produk makanan, juga daripada hasil tangan isteriku.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Namun, hasilnya, pada aku masih belum cukup. Aku inginkan sesuatu yang baru. Dan kini aku mendapat peluang perniagaan yang baru. Bermodalkan RM5000. Hmm, melihat kepada modal nya, tinggi! Tetapi bila melihat kepada sudut positif, ianya pasti berjaya jika usaha yang dikeluarkan sama besar dengan modal yang diberi.

Tak guna juga kan, kalau keluar modal besar, tapi malas. Hanya harapkan orang iklankan produk kita. Tanpa kita ada usaha yang lebih untuk berjaya. Berani berniaga adalah berani di dalam sesuatu yang kita tidak tahu tetapi ada usaha nak tahu. Berani dalam segala hal dan berani menanggung risiko. Hanya mereka yang berani menanggung risiko akan berjaya mencapai apa yang mereka inginkan.

Dan kalau aku ingin capai apa yang aku inginkan dalam hidup ni, aku kena lah berani dalam segala hal. Kena buang jauh-jauh rasa takut dalam diri aku. Dan yang paling penting, kena ada pasukan. Tak boleh jalan sorang. Sebabnya, kalau jatuh, ada rakan-rakan yang beri support pada kita untuk terus bangun dan capai impian kita. Semoga Allah permudahkan jalan dan usaha aku. Amin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email