Bayaran untuk review produk di blog. - ceritaejoy

Bayaran untuk review produk di blog.

9:55 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Bayaran untuk review produk di blog|Review Blogs For Money| Bagi blogger otai ataupun Blogger Sepenuh Masa , mereka sudah sedia maklum akan setiap cas yang akan mereka kenakan bagi apa-apa “projek” di blog mereka. Namun, masalah timbul bagi blogger baru seperti aku, bilamana di tanyakan soalan, berapakah bayaran yang perlu dibayar jika ada mana-mana pengiklan ingin iklankan produk mereka di blog?

Umum mengetahui, blog kini menjadi salah satu medium pengiklanan terhebat selain  daripada media massa yang lain. Dengan cas yang boleh dikatakan rendah, blog terbukti mampu mengembangkan perniagaan sekaligus memberikan pendapatan yang besar kepada pengeluar produk. Jadi tidak hairan lah, banyak pengeluar produk memilih untuk beriklan di blog.

Ini adalah 1 peluang buat blogger untuk Jana Income Dengan Blog. Penulisan yang pada awalnya hanya untuk suka-suka kini beralih menjadi sumber pendapatan kepada blogger. Ini juga adalah salah satu daripada Kerja Dari Rumah Online. Seronok Kan? Kita menulis saja-saja, tapi dapat duit. Dan jika kena dengan caranya, pendapatan yang terhasil daripada blog setaraf dengan mereka yang bekerja di pejabat! Malah mungkin lebih daripada itu! Hebat bukan?


Baiklah, berbalik semula kepada Bayaran untuk review produk di blog, aku yang sememangnya tidak punya apa-apa pengalaman, terus merujuk kepada Pakar Seo Malaysia, sifu HH. Aku sememangnya banyak merujuk kepada beliau perihal ilmu mengenai blogspot. Dan boleh dikatakan, banyak yang ada di blog ceritaejoy, aku belajar daripada blog HH. Hehehe.

Baiklah, mengikut daripada apa yang dikongsikan, bayaran “standard” bagi satu-satu review di blog adalah bersamaan RM100. Ini adalah bayaran standard yang dikenakan ramai blogger. Namun, ianya bukan lah harga tetap. Ia mengikut budi bicara pemilik blog dan kelebihan mereka yang beriklan. Jika ayat yang digunakan mereka manis dan penuh dengan budi bicara, silap-silap, pemilik blog tidak mengenakan apa-apa bayaran pun. Hehe.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Jika di tanya pada aku, sama halnya jugalah seperti yang aku ceritakan di atas. Bagi sebuah jenama besar, nilai seperti itu tidaklah sebesar mana. Kerana aku sendiri pernah menerima bayaran sebanyak USD25 bagi sebuah review. Dan itu juga adalah review pertama yang aku buat dan bayaran pertama yang aku terima! Tidakkah ianya adalah sebuah pengalaman yang manis?


Perkongsian mengenai Bayaran untuk review produk di blog ini ditulis adalah untuk menerangkan “harga standard” bagi sesebuah review di blog. Namun ianyanya bukan lah harga tetap. Setiap pemilik blog ada menetapkan harga mereka yang tersendiri. Nilai ini diberikan oleh seorang daripada Top blogger malaysia. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email