Bantulah Adik Nur Qisya Eryna semampu mungkin - ceritaejoy

Bantulah Adik Nur Qisya Eryna semampu mungkin

11:09 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/
Sumber : kelab kebajikan & Sukarelawan Sosial.

Bantulah Adik Nur Qisya Eryna semampu mungkin. Kini viral di media sosial mengenai adik Qisha yang mengalami masalah hati yang boleh dikatakan kronik pada mata aku! Mengikut bacaan aku di FB, adik Qisya menghidap penyakit Biliary atresia. Ianya adalah suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa pada bayi di mana saluran hempedu di dalam dan luar hati mengalami masalah bukaan yang tidak normal.

Apa itu Biliary atresia?


Sedikit informasi mengenai Biliary atresia. Saluran hempedu di dalam hati, juga dikenali sebagai saluran hepatik, adalah tiub yang membawa hempedu dari hati ke pundi hempedu untuk penyimpanan dan ke usus kecil untuk digunakan dalam penghadaman. Hempedu ialah cecair yang dihasilkan oleh hati yang mempunyai dua fungsi utama: membawa toksin dan bahan buangan di dalam badan dan membantu tubuh mencerna lemak dan menyerap vitamin larut lemak A, D, E, dan K.


Masalah Biliary atresia pula adalah satu keadaan di mana hempedu menjadi terperangkap dan merosakkan hati. Kerosakan ini akan membawa kepada parut, kehilangan tisu hati, dan sirosis. Sirosis adalah 1 keadaan hati yang disebabkan oleh tisu parut dan kerosakan sel yang menjadikan ia sukar untuk hati untuk membuang toksin daripada darah.

Bahan toksin terkumpul di dalam darah dan hati perlahan-lahan merosot dan mengalami kerosakan. Tanpa rawatan, hati akhirnya gagal dan bayi memerlukan pemindahan hati untuk terus hidup

Ada 2 keadaan biliary atresia iaitu fetal & perinatal.

1) Fetal biliary atresia muncul semasa bayi masih di dalam kandungan.

2) Perinatal biliary atresia pula adalah lebih biasa dan tidak menjadi jelas sampai 2 hingga 4 minggu selepas kelahiran.

Dan bagi kes adik Qisya, dia di dalam kategori no 2 kerana disahkan mengidap biliary atresia pada usia 100 hari dan melalui perkongsian di FB, adik Qisya kini berumur 1 tahun 2 bulan. Mengikut pakar perubatan yang merawat adik Qisya, hanya melalui pemindahan hati sahaja yang mampu menyembuhkannya. Dan kos untuk perubatan ini bernilai RM160,000!

Benar! Jumlahnya adalah terlalu besar jika dikeluarkan oleh hanya seorang. Namun, jika seorang daripada rakyat malaysia, hanya mengeluarkan RM1, nilai yang terkumpul akan melebihi dari apa yang diperlukan! Tak usahlah memikirkan dan mengharapkan orang-orang kaya dan orang atasan untuk turun membantu.

Cukuplah kita hanya mengeluarkan barang RM1 Seorang untuk membantu adik Qisya. Tak tertahan kita melihat derita yang ditanggung adik Qisya. Tak mampu terfikir bagaimana perasaan ibu bapa Nur Qisya Eryna berhadapan dengan situasi ini. Dan untuk makluman, anak sulung kepada pasangan suami isteri ini telah pun meninggal semasa kecil.

Sedar dan buka mata serta hati. Usahlah difikirkan tanggungjawab orang kaya. Cukuplah kita bersama-sama membantu Adik Qisya. Jika nilai RM1 itu terlalu besar, besar juga lah harapan aku agar dapat di panjangkan entry aku ini kepada mereka yang turut sama ingin membantu. Marilah kita bersama-sama membina saham akhirat. Aku sertakan  no Akaun ibunya untuk mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Adik Qisya.

Sumbangan boleh di masukkan ke dalam akaun Cimb 7617609657 (SITI RODIAH BT MAT)

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email