Apakah punca sebenar kematian mengejut pelajar sekolah. - ceritaejoy

Apakah punca sebenar kematian mengejut pelajar sekolah.

2:44 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Apakah punca sebenar kematian mengejut pelajar sekolah?|Awal pagi tadi, aku terbaca mengenai kisah seorang pelajar perempuan yang pengsan di sekolah dan kemudiannya menemui ajal. Lepas baca, terus aku cepat-cepat whatsapp wife aku. Dan baru sekejap tadi, aku terbaca lagi, seorang lagi pelajar sekolah meninggal mengejut. Aku jadi tertanya-tanya, apakah Punca Kematian Mengejut pelajar ni?

Ibu Bapa mana yang tidak sedih dengan berita kematian anak mereka. Ianya sudah pasti menjadi suatu berita ngeri kepada setiap ibu bapa. Namun, apakah punca kepada kematian mengejut ini? Kalau kita boleh tahu, apakah penyebab kepada kejadian ini, kita dah boleh elakkan perkara-perkara tersebut.


Aku menjangkakan, cuaca panas melampau menjadi salah 1 sebab. Fenomena El Nino Dan Gelombang Haba yang panjang di malaysia kini sememangnya memberi impak yang sangat besar kepada tubuh manusia. Ada yang mengatakan, ianya lebih berisiko jika terdedah secara langsung dengan cahaya matahari. Namun, perlu diketahui juga, haba yang terhasil mampu dirasai walaupun kita berada di dalam rumah!

Cerita mengenai pelajar Kena Patuk Ular rasanya masih lagi diperkatakan, kini ada lagi cerita terbaru. Kematian mengejut pelajar di sekolah. Tiada sebab! Itu yang merisaukan aku, malahan ramai ibu bapa yang lain. Jika kita tahu punca nya, kita dah boleh elakkan dari awal. Memang benar, ajal dan maut itu ketentuan Allah, namun, jika ada perkara yang boleh dielakkan, cubalah kita elakkan.

Aku perlu menunggu berita laporan penuh kepada kes ini. Aku dan ramai ibu bapa lain ingin mengetahui apakah Apakah punca sebenar kematian mengejut pelajar sekolah ini. Anak adalah anugerah Allah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan. Kehilangan mereka ibarat mimpi ngeri yang berpanjangan.

Semoga Allah melindungi dan menjauhi aku dan keluarga daripada kejadian yang tidak kami semua ingini. Amin ya Rabb.


A-fatihah juga untuk arwah dan takziah kepada keluarga mereka.

You Might Also Like

3 comments

  1. semoga syurga arwah ditempatkan..Amin...sedih kan sebab tetibe je...bru smlm borak2 arini dh xde...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..yang paling sedih, pagi hantar elok je, tetiba tengahari dapat berita sedih macam tu.. mintak di jauhkan dari semua ini..amin..

      Padam
  2. rasanya ni yang di gombak tu kan? ada terdengar bulan lepas budak tu pernah pengsan. pastu sebelum dia pengsan baru-baru ni dia nampak menggigil. macam tak sihatlah. wallahualam

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email