Film Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC 2). - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Film Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC 2).

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Film Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC 2)|Serius. Aku memang nak tengok movie ni. Hahaha. Sebabnya, film AADC yang pertama, aku tengok berulang kali. Jiwangkah aku? Ye Lah, sebab tengok filem cinta berulang kali. Cinta? Haha, aku rindu ama cinta. Cinta yang dulunya “kebudak-budakan” kini sudah cantik jelita. Banyak sebenarnya memori aku dengan filem ni. Rasanya aku baru tingkatan 3 waktu tu.

Dan kini, bertarikh 28 April 2016, Film ada apa dengan cinta 2 bakal ditayangkan. Aku dah beritahu awal-awal dengan wife, yang aku nak tengok filem ni. Dah tentulah wife pelik. Ye Lah, sebab aku beriya-iya nak tengok filem ni. Wife aku sememangnya pelik dari dulu sebabnya aku beli cd original film ada apa dengan cinta. Hahahaha. Cd lain semua aku beli cetak rompak. Ulps.

Sinopsis Ada Apa Dengan Cinta 2016.


http://ceritaejoy.blogspot.my/


Ok. Kalau korang tengok filem ada apa dengan cinta yang pertama, dalam babak terakhir, rangga telah membuat keputusan untuk berangkat ke luar Negara dan berjanji akan pulang mencari cinta. Dan setelah 14 tahun berlalu, rangga yang sudah bekerja di luar Negara, memperoleh kesempatan untuk pulang ke Negara kelahirannya, Indonesia.

Bila rangga mendapat tahu yang dia akan pulang ke Indonesia, dia kembali mencari cinta melalui aplikasi line. Rangga kemudiannya memberitahu cinta yang dia akan pulang ke Indonesia dan ingin bertemu dengan cinta. Cinta yang pada awalnya terperanjat dengan mesej itu, mengambil masa untuk menjawab pertanyaan rangga.


Namun, mereka akhirnya bertemu dan bermulalah babak-babak cerita yang telah lama tersimpan di antara mereka. oh ya! cerita ini juga banyak menggunakan puisi. Sama dengan filem yang pertama. Kalau korang tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 Trailer, korang boleh nampak cinta banyak menanyakan soalan dengan perasaan rangga padanya.


Aku berulang kali tengok Trailer Film ada apa dengan cinta 2 dekat youtube. Sebab itulah, aku tertunggu-tunggu filem ni. Masa yang diambil untuk filem kedua juga adalah sangat lama. Oleh yang demikian, banyak yang mengharapkan, film kedua ini lebih “meletup” daripada filem pertama. Owh! Kenapa sekarang kau muncul cinta! Kenapa! Kenapa perlu diungkapkan lagi memori lama. Owh..

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Puisi Ada Apa Dengan Cinta?

perempuan datang atas nama cinta
bunda pergi karna cinta
digenangi air racun jingga adalah wajahmu
seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan

ada apa dengannya
meninggalkan hati untuk dicaci
lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa

ada apa dengan cinta
tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya.
bukan untuknya, bukan untuk siapa
tapi untukku
karena aku ingin kamu,itu saja.

loading...

1 ulasan:

  1. Dapatkan lirik lagu AADC2 disini:

    http://perfectmusiclyrics.blogspot.com/2016/05/melly-goeslaw-marthino-lio-ratusan.html

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com