Tahu Buat Duit Dengan Blog tapi malas! - ceritaejoy

Tahu Buat Duit Dengan Blog tapi malas!

9:37 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Tahu Buat Duit Dengan Blog tapi malas! Aku tak tujukan pada sesiapa pun entry ni, aku tujukan khas buat aku. Kiranya aku tulis untuk diri aku sendiri. Tapi mana tahu kalau ada di kalangan kita yang sama dengan aku. Kan? Orait. Rasanya ramai yang dah tahu Cara Buat Duit Dengan Blogspot ni. Tak perlulah aku ceritakan lagi sebab nya dah banyak kali juga cerita dekat blog ceritaejoy ni. Hehehe.

Baiklah. Harini aku nak cerita yang aku malas! Malas nak buat duit walaupun aku tahu Cara Buat Duit Dengan Blogspot ni. Buat masa sekarang aku lebih fokus buat duit dengan 8Share dan Adsense. Tapi aku bukan nak kongsi Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Adsense ye. Sebabnya aku lom merasa lagi duit dengan adsense ni. Dengan 8Share aku dah rasa dah. Walaupun tak banyak, tapi merasa la juga kan? Hehe.


Buat duit dengan 8Share ni tak susah mana pun. Nampak tak aku cakap tak susah mana? Sebabnya memang senang sangat, kongsikan sahaja dekat blog dengan cara yang paling kreatif yang korang ada. Tapi sesenang itu pun, aku malas. Kalau dah keluar ayat malas tu, cakaplah apa pun, memang malas la jawapan dia. Adoi la!

Yang sebenarnya, aku malas nak menaip cerita. Yelah, takkan nak kongsi iklan semata dekat blog. Jadinya aku respek dengan blogger yang mampu hasilkan cerita setiap masa dekat blog mereka. Kalau blogger sepenuh masa tu lainlah, mereka memang tip top! Hehehe, tapi blogger separuh masa macam aku ni. Memang kelaut la kadang-kadang tu.


Ada tu, dah duduk depan computer dah. Dah bukak blog dah pun, tapi malas nak menaip. Sudah nya aku tutup je. Layan youtube jelah. Tengok movie or video yang best-best. Hahahaha. Malas sungguh aku nih. Walhal kalau belajar Cara Buat Duit Dengan Youtube, dah boleh dapat income bulan-bulan. Ha, nampak tak? Sekarang ni ada macam-macam cabang buat duit tau. Dengan youtube pun boleh dapat duit. Nak dengan tak nak je.


Hmm, sungguh aku kena berubah. Dah tak boleh malas-malas. Zaman sekarang ni semuanya cepat. Kalau lambat, confirm tertinggal kat belakang. Bangun! Bangun ejoy! Kena cepat-cepat belajar Cara Buat Duit Dengan Youtube. Dan kena teruskan usaha Buat Duit Dengan Blogspot. insyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan dan usaha aku ini. Amin.

You Might Also Like

2 comments

  1. sama lah. kadang2 bukak blog pastu tenung je sampai tembus ke belakang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..sampai tembus ye..ha, boleh buat entry dekat blog tu..hehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email