Rasa macam tak adil pulak. - ceritaejoy

Rasa macam tak adil pulak.

9:31 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Rasa macam tak adil pulak. Sebelum ni, aku ada buat 1 Banner Blogspot yang letak muka aku dan anak bongsu aku. Tapi sekejap je ianya berada di blog ceritaejoy, dan akhirnya aku tukar semula. Sebabnya, aku Rasa Bersalah Pada Anak sulung aku. Ha! Sungguh! Walaupun mereka tak tahu pun yang aku ada blog, atau mereka langsung tak tahu Apakah Itu Blogspot. Tapi aku tetap rasa bersalah pada mereka.

Aku rasa macam tak adil pulak bila aku letakkan hanya 1 gambar anak aku pada mana-mana tempat yang aku rasa nak letak. Contohnya macam dekat blog ceritaejoy, aku letakkan gambar anak bongsu aku, jadi aku rasa tak adil pada anak sulung aku. Kemudian pada handphone, wallpaper dia aku letak gambar anak sulung aku, dan aku rasa tak adil pada anak bongsu aku. Ish!

Jadi apa yang aku buat untuk Mengatasi Rasa Bersalah Pada Anak aku adalah, kalau nak letak, letakkan kedua-duanya sekali, atau kalau takda, adalah lebih baik jangan letak. Baru-baru ni, kan ada Film Boboiboy The Movie yang memang tengah meletup dekat minda anak-anak dan tak kurang nya pada mak bapak budak, wife aku ada cakap nak bawak anak sulung kami tu pergi tengok wayang.


Jadinya aku tanya, anak bongsu nak letak rumah mak ke? Wife cakap, ya, letak sementara. Dalam hati aku terus timbul rasa bersalah yang sangat-sangat. Aku tak suka keadaan yang semacam tu. Yelah, rasa macam tak adil, abangnya dapat tengok wayang, adiknya dapat tengok dinding dekat rumah. Sungguh aku rasa macam tak adil sangat pada anak-anak aku.

Anak bongsu kami tak cukup setahun lagi, tapi aku dapat rasakan dia sudah cukup mengerti dengan keadaan sekeliling. Dia sudah kenal siapa orang di sekelilingnya. Riak wajahnya menggambarkan segala macam hal. Jadi mana mungkin aku tinggalkan dia begitu saja? Betul gak? Ahh sudah, lain macam pulak bahasa aku ni. Hahahaha.


Tapi itulah yang aku nak cerita harini, perihal Rasa Bersalah Pada Anak yang ketara pada diri aku jika satu-satu keadaan yang memaksa aku memilih salah satu daripada mereka. Bukan tak pernah terjadi yang mana aku terpaksa tinggalkan anak bongsu kami dengan mertua. Sungguh aku katakan, setiap masa aku memikirkan mereka. Aku tak suka melihat hanya seorang daripada mereka berada di sekeliling aku. Dan aku seboleh-bolehnya, inginkan mereka sentiasa berada di samping aku, dimana sahaja. 

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email