Permusuhan di antara blogger. - ceritaejoy

Permusuhan di antara blogger.

9:36 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Permusuhan di antara blogger. Dunia blogger sama sahaja macam dunia dekat luar sana. Manakan tidak, hampir kebanyakkan blogger suka berkongsikan cerita harian mereka, sama hal nya dengan dunia sebenar. Kita berbual sesama rakan ataupun jiran. Potensi blogger separuh masa mungkin berkurang jika dibandingkan dengan blogger sepenuh masa.

Baik. Aku yakin, mungkin ada, tak banyak pun sikit la, blogger yang tak bertegur sapa walaupun mereka kenal. Ianya mungkin terdapat perselisihan faham di antara mereka. Kecil atau besar. Ada pula, blogger ni dah maafkan dah, tapi yang sorang lagi tu pulak, masih menyimpan perasaan. Adoi. Siap pulak tak nak approved komen rakan blogger ni.

Bercerita mengenai aku pulak. Tidaklah aku ambil hati dengan mana-mana blogger. Sebabnya siapa aku? Level manakah blog ceritaejoy? Bukan blog besar pun. Jadi nak ambil hati buat apa kan? Tapi bohonglah kalau aku kata aku tak terasa hati. Hahaha. Ada juga sebenarnya kisah aku terasa hati dengan seorang blogger ni. Cerita lama pun. Tapi masih ada sedikit rasa yang tersimpan dalam hati aku. Tapi tidaklah sampai membenci ya!

Pada aku, lumrahlah manusia. Sifat manusia memang macam tu kan? Merasa dan memaafkan. Terus terang aku katakan, tidaklah sampai aku terus membenci, Cuma terasa hati sikit je. Tapi terasa hati aku tu, aku malas nak ke blog beliau. Hahahaha. Dulu rajin aku pergi sana, komen pada setiap entry beliau, sekarang ni dah kurang, bukan, memang tak ada langsung. Adoi.

Pada aku mudah je. Segala macam keputusan yang kita buat, janganlah terus menghukum. Kenal pasti orang tu macam mana. Bukan semua orang sama. Dalam 10, pasti ada 1 yang berbeza. Ataupun mereka yang belum biasa buat sesuatu perkara, dan apabila di minta buat sesuatu, pasti mengambil masa. Jangan hanya kerana orang lain, kita perlu meletakkan ahli keluarga kita ke tepi. Bukankah ianya seperti mengarut?


Takpalah, benda pun dah lama berlaku. Cuma apa yang mampu aku katakan, fikirlah mengenai hal orang lain. Kuasa yang Allah beri tu, Cuma sementara, usahlah di banggakan sangat. Dunia blog Malaysia pun tidaklah sebesar mana. Pengaruh kamu mungkin luas, tapi aku tidak akan sesekali meletakkan yang penting menjadi tidak penting. Biarlah aku macam ni, bercerita sendirian dalam blog ceritaejoy. J

You Might Also Like

4 comments

  1. cantik header ejoy, erm biasalah tu ejoy, terus terang kak ana nyatakan kadang2 sesetengah blogger rasa mereka dah hebat dah fofuler kan, tapi pendapat kak ana lah, blogger ni hanya dikenali dikalangan blogger sahaja kebanyakkannya lainlah yang dah top2 meletop, hat lain orang singgah baca info dan berlalu begitu sahaja,waallahu a'lam. Teruskan perkongsian kita mudah2an bermanfaat buat orang lain,in shaa allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik? terus tukar header blog..hahahahha..itulah kan, kita blogger kecil je..yup, insyaAllah, akan terus kongsikan ilmu yang bermanfaat..:)

      Padam
  2. Betul, dunia blog nih mcm dunia luar jugak.

    Pertama kali singgah sini ^^ salam kenal tuan rumah :)
    http://kimchaa.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi singgah ya..:)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email