Pengantin lelaki ditumbuk sebab duit hantaran tak cukup. - ceritaejoy

Pengantin lelaki ditumbuk sebab duit hantaran tak cukup.

2:58 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Pengantin lelaki ditumbuk sebab duit hantaran tak cukup. Adoilah. Rasanya inilah kes paling havoc awal tahun ni. Rasanya dah viral dekat laman sosial pasal cerita ni. Berlaku pulak dekat Negara kita. Majlis dah elok dah, tapi diakhiri dengan tragedy pergaduhan. Ini yang kita tak nak sebenarnya, berlaku pulak waktu hari yang dikatakan paling indah buat semua orang.

Cerita dia, duit hantaran yang sepatutnya diberikan adalah RM15,000, tetapi pihak lelaki hanya mampu berikan RM10,000. Lelaki itu hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Aku bukanlah nak kata apa, gaji pengawal keselamatan besar mana lah. Mungkin itu sahaja yang dia mampu beri. Tapi disebabkan wang hantaran yang di minta adalah RM15,000, lelaki itu telah ditumbuk akibat dari perbuatannya yang ingin meninggalkan majlis tersebut.


Bermula daripada itu, maka berlakulah pergaduhan di antara kedua-dua keluarga. Kalau tak salah aku, video mengenai pergaduhan ini ada dikongsikan di laman sosial FB, sebab aku baru je nampak beberapa kawan aku tengok video tu. Kalau menurut daripada sumber berita dari surat kabar. Dah tentu lah kita akan lebih menyokong pihak lelaki.

Sebabnya, yelah, mungkin itu yang termampu dia nak bagi. Sebabnya duit hantaran tu tak wajib pun. Yang wajib mas kahwin. Kena beri pada orang perempuan. Aku ada juga terbaca, jika pihak wanita nak buat kenduri, tanggungan terletak pada pihak perempuan, dan bukannya pihak lelaki. Tetapi dalam keadaan sekarang, ada yang berkongsi di dalam melakukan kenduri.

Ini semua orang faham, kos nak buat kenduri ni bukannya kecil, besar. Tetapi ada sesetengah kes, pihak lelaki yang mengeluarkan sepenuhnya kos untuk buat kenduri. Pada mereka yang mampu, tidak menjadi masalah, tapi bagaimana pula dengan mereka yang tak mampu? Dah terang-terang jadi 1 beban pada pihak lelaki, kan?


Kita cuma tahu cerita dari 1 pihak. Aku yakin, pihak perempuan pasti akan tampil berkongsikan pula cerita mereka. Kita kena lah tunggu cerita dari kedua-dua pihak. Barulah adil pada aku. Apapun, aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan isteriku dan keluarga mereka yang memahami. Segalanya dipermudahkan oleh Allah. Syukur sekali lagi.

You Might Also Like

5 comments

  1. tingginya hantaran sekarang...buat ala kadar pun ok kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..takut pula bila tengok videonya tadi..ishh..tak tahu cerita sebenar..rasanya pihak perempuan mesti tampil bagi penjelasan..so, kena tunggu part yang itu pulak..

      Padam
  2. pada pendapat saya, kalau pihak lelaki mampu rm10k, bagi je rm10k, jangan janji nak bagi rm15k.

    BalasPadam
  3. kadang2, realiti tak seperti yang kita rancangkan.
    kena tanya pakar kalu bab2 sensitif mcm ni.
    Bagaimana pula untuk membawa cinta hingga ke syurga?
    dan ... apa pula kata panel jemputan kami:-
    -Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah
    -Ustaz Pahrol Mohd Juoi
    -Ustaz Halim Hafidz
    -Ustazah Fatimah Syarha
    -Ustazah Isfadiah Dasuki

    ---> jumpa kesemua panel di atas di...
    TAJUK : "KONVENSYEN KONTRAK CINTA KE SYURGA"
    LOKASI : Dewan UIA, Gombak.
    TARIKH : 1 Mei 2016
    LINK RUJUKAN : https://goo.gl/sYVqCC

    BalasPadam
  4. Walau apapun masalah mereka, perbuatan memviralkan video tu sangat tidak bagus untuk tontonan masyarakat..itu masalah keluarga yang sepatutnya diselesaikan secara dalaman sahaja..malu yang ditanggung sepanjang hayat

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email