Panas badan anak masih belum berkurang! - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Panas badan anak masih belum berkurang!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Panas badan anak masih belum berkurang! Masuk hari ni, dah 3 hari anak sulung aku demam. Dan 3 hari jugalah wife dan aku lebih memberi tumpuan pada dia berbanding anak kedua kami. Bukan langsung tidak memberi fokus pada anak bongsu, Cuma lebih perhatian kepada anak sulung. Musim Kemarau kini melanda Malaysia!

Fenomena Cuaca Panas Melampau ni betul-betul boleh rasa walaupun korang baru selesai mandi! Ini cerita betul tau! Aku baru lepas mandi, dah siap-siap pakai baju semua, duduk kat ruang tamu tengok cerita upin ipin. Aku kan peminat tegar upin ipin Aku melayankan anak aku jer, tak buat apa pun, dok je kat kerusi malas tu, peluh dah menitik-nitik kat dahi. Huh! Bayangkan cuaca panas melampau ni.

Musim Kemarau kali ini boleh dikatakan agak Panjang. Rumah aku pulak atas bukit. Kalau atas gunung, sejuk la sikit kan, ini bukit rendah je. Di tambah pulak dengan struktur rumah yang ada bahan asasnya diperbuat daripada besi! Adoi! Bertambah panaslah aku sekeluarga. Mungkin itu juga salah satu penyebab kenapa Panas badan anak  aku masih belum berkurang!

Petua Hilangkan Demam Panas Anak.


Rasanya dah macam-macam petua aku buat. Ubat doctor jangan cakaplah, penuh kat peti ais. Tapi kenapa Demam anak aku Tak Kebah2 juga ya? Ni, baru je baca kejap tadi, pasal Petua Demam Panas Kanak-kanak, gunakan telur rebus! Ha? Sungguh aku tak pernah dengar lagi petua ubat demam panas ni guna telur rebus. Caranya taklah susah sangat, golek-golek je telur tu kat badan anak. Tapi betul ke boleh kurang atau hilang terus haba dalam badan anak-anak tu? Ish!

Ubat Demam Panas Cara Islam.


Aku dan wife memang suka guna dua-dua jenis perubatan. Moden dan cara islam. Ni, kami dah cuba bagi ubat dan check dengan doctor, harini kami nak bawa anak kami berjumpa dengan seorang pengamal perubatan islam. Ustazah, tinggal di pulau gadong. Alhamdulillah, sejak anak sulung kami kecil lagi, kalau demam, kami selalu bawa ke sana. Dan insyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan kami harini.

Buat masa sekarang, aku Cuma mampu minta wife aku pantau suhu badan anak kami. Dan kalau boleh, galakkan dia minum air dengan banyak. Dan juga kerap mandi. Cuaca memang betul-betul panas sekarang ni. Aku memang tersangat lah risau kalau suhu badan dia tak turun-turun juga. Yelah, siapa yang tak risau kalau Panas badan anak masih belum berkurang walaupun dah beri makan ubat kan?


Semoga Allah menyembuhkan penyakit anak kami..Aminn.

loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com