Menang pakej percutian ke Hong Kong dan wang tunai RM15,000! - ceritaejoy

Menang pakej percutian ke Hong Kong dan wang tunai RM15,000!

5:22 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Menang pakej percutian ke Hong Kong dan wang tunai RM15,000! Siapa yang tak suka menang hadiah? Lagi-lagi hadiah berupa pakej pelancongan berserta wang tunai lagi! Bukan sikit tau, RM15,000! Fuh! Macam-macam boleh beli untuk keluarga kita. Bila bercerita pasal melancong ni, ramai yang gemar memilih Melancong Cara Backpackers. Katanya jimat dan lebih “bersatu” dengan alam semulajadi.

Kalau kita baca cerita dekat Backpacker Malaysia Blog ataupun Backpacker Malaysia Forum, kita boleh faham kenapa ramai yang memilih melancong cara backpackers ni. Antara sebab utamanya adalah, belanja yang perlu dikeluarkan adalah jauh lebih rendah dari apa yang perlu kita bayar jika menggunakan khidmat syarikat pelancongan. Bukanlah aku kata mereka tak bagus, tapi kalau kita boleh jimat, kan lagi bagus? Kan? Hehehe.

Tapi ni! Korang tak perlu keluar wang pun, tapi mereka siap bagi kita wang! Bukan RM100, bukan RM1000, tapi RM15,000! Hey, hey..bukan sikit tu, kalau akulah yang dapat, aku beli motosikal 250cc. Hahaha. Orait, aku asyik bercerita pasal duit je, aku nak bercerita pulak pasal apa yang ada dekat hong kong sana.

Orang kita, terutamanya gadis-gadis la, lebih gemar memilih Melancong Ke Korea. Yelah, semua pun tahu, artis-artis korea semuanya cantik-cantik, handsome-handsome. Itu yang orang tahu, tapi yang orang tak tahu, “macam mana” mereka tu semua boleh jadi cantik dan handsome? Hahahaha. Lokasi kedua yang menjadi pilihan adalah Melancong Ke Jepun! Ini jangan cakap orang, aku pun ada menyimpan angan-angan nak sampai ke Negara matahari terbit ni.

Tapi, bila sebut Melancong Ke Hong Kong atau Jalan Jalan ke Hong Kong, macam pelik pula. Tapi yang pelik itu lah yang seronok. Kan? Ia menjadi 1 pengalaman baru kepada sesiapa sahaja yang belum pernah sampai ke sana. Bagi mereka yang suka pergi ke Disneyland, jangan tak tahu ya, di sana juga ada, cuba search Hong Kong Disneyland Review.

Hey..hey..asyik bercerita pasal itu dan ini, sampai lupa nak kasi tahu macam mana caranya nak Menang pakej percutian ke Hong Kong dan wang tunai RM15,000 ni. Adoi, tersangatlah mudah, dan peluang untuk menang itu ada pada anda. Hanya ikut <3 langkah mudah untuk memenangi pakej percutian ke Hong Kong & wang tunai RM15,000!>. Shhh, dah menang nanti, bolehlah cerita dekat blog ya! Semoga rezeki “kita” menang pakej ni. J

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email