Lelaki lebih hebat dalam soal kecantikan wanita? - ceritaejoy

Lelaki lebih hebat dalam soal kecantikan wanita?

5:05 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Lelaki lebih hebat dalam soal kecantikan wanita? Huish! Aku rasa entry ini mungkin akan menaikkan sedikit kemarahan kaum wanita. Yelah, soal kecantikan ini, hanya wanita yang arif dan bukannya lelaki. Tetapi dalam dunia sekarang ni, aku lihat lebih ramai juru makeup dari kalangan kaum lelaki. Lelaki kah mereka? Biarlah mereka sahaja yang tahu akan hal ini.

Baiklah. Benarkah lelaki lebih hebat di dalam soal kecantikan wanita? Rasanya, Wanita Tercantik Di Dunia pun ada kena kan makeup pada wajahnya. Aku lupa aku tengok rancangan apa dekat tv, tapi dalam rancangan tu, juru makeup nya adalah seorang lelaki. Ini rancangan antarabangsa ya, bukan cerita dalam Negara kita.

Kalau kita tengok senarai Jurumekap Profesional, ada yang datang daripada kaum lelaki. Dan kalau tengok Juru Makeup Perkahwinan pun, ada yang datang daripada kaum lelaki. So, persoalan sekarang, apakah benar Lelaki lebih hebat dalam soal kecantikan wanita? Hehe, sabar dulu, setiap perkara pasti ada pro & kontra nya.

Aku faham, wanita lebih memahami apa yang wanita inginkan. Wanita lebih pakar di dalam soal kecantikan wanita. Entry aku ini bukanlah bertujuan menaikkan kehebatan lelaki di dalam soal kecantikan wanita. Kerana aku sangat pasti wanita lebih mengetahui segala-galanya mengenai kecantikan. Tetapi bila melihat kepada kejayaan Dato Alif Syukri, aku mula memikirkan, apakah lelaki kini lebih hebat di dalam soal kecantikan wanita?

Dengan jenama D'herbs Terlajak Laris, beliau seakan-akan menguasai soal kecantikan wanita malahan lelaki. Bukanlah tiada produk yang dihasilkan wanita, cumanya, aku nak fokus pada kejayaan beliau di dalam bidang kecantikan ni. Yelah, produk yang lebih kepada wanita tetapi diusahakan sehingga berjaya oleh seorang lelaki. Itu yang aku cuba nak kasi tau dekat awal tadi, adakah Lelaki lebih hebat dalam soal kecantikan wanita?

Itu cerita pasal mereka yang dah berjaya. Nih, baru je kejap tadi, tengok <Video lelaki pertama kali jadi juru mekap>. Hahaha, nak gelak pun ada. Habis di contengnya muka orang perempuan tu. Tapi tak boleh nak cakap apa la, sebab dah nama pun 1st time kan. Tapikan, mana tahu kalau-kalau mereka ni, suatu hari nanti jadi hebat? Siapa tahu kan? Hehehe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email