Kisah tikar McD. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kisah tikar McD.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kisah tikar McD. Aku tak tahu apa yang berlaku harini. Dalam pada aku asyik blogwalking ke blog “Top Blogger Malaysia” aku terjumpa hampir sama pada semua blog. Gambar dan hadiah tikar McD. Ada apa dengan tikar ni? Kenapa hampir kesemua daripada mereka kongsikan cerita yang hampir sama? Kenapa? Kenapa? Siap pula nak berikan kita hadiah tikar tu? Ayuh! Kita bongkar kisah di sebalik cerita ini.

Bila seseorang Top Malaysian Blogger kongsikan sesuatu dekat blog, pasti ada “sesuatu” di sebalik kisah mereka tu. Yelah, takkan mereka nak cerita kosong je kan? Blogger picisan macam aku ni lain la. Mesti cerita merapu je yang banyak aku kongsikan dekat blog ceritaejoy ni. Hahahaha.

Haip! Berbalik semula pada Kisah tikar McD tadi, kenapa semua daripada mereka cerita pasal tikar ni? Kenapa? Apa yang istimewanya pasal tikar ni? Hmm, kalau kita tengok pada jenama, haruslah ianya adalah suatu perkara yang patut dimilikikan? Mcd Malaysia bukanlah 1 jenama yang asing pada semua orang. Lebih-lebih lagi mereka yang gemarkan Mcd Malaysia Breakfast.


Aku belum pernah rasa lagi. Tapi banyak rakan-rakan aku yang bercerita mengenai hal ini. Tertanya-tanya juga, apa ya Menu Sarapan Pagi Mcdonalds ni? Susah juga kalau ada banyak persoalan dalam minda ni kan? Haruslah aku cari masa untuk merasai sendiri keenakan seperti yang banyak diceritakan oleh rakan-rakan lain. Harus!

Tapi tu semua tolak tepi! Persoalan sekarang, kenapa tikar McD? Apa yang istimewanya pasal tikar ni? Kenapa semua orang kongsikan pasal perkara yang sama. Tapi kan, kalau aku diberi peluang, mahu juga aku 1 tikar mcd ni. Hehehe. Bukan apa, bukan sahaja tikar ni dapat melindungi kita daripada habuk dan debu tanah, ianya juga memberi kita lebih keyakinan ketika bersama keluarga! Ha, amacam? Hahaha.

Orait! Dari apa yang dikongsikan, tikar ni kita boleh dapat daripada Hotfm Zoomerz? Haa? Betul ke? Dapat free macam tu je ke? Dekat mana nak dapat? Orait, aku baca dekat blog kak ellyinwonderland. Dia ada share lokasi dekat mana boleh kita dapatkan tikar McD ni. Aku sharekan dekat blog ceritaejoy ya! Manalah tahu, kalau-kalau korang pun nak benda yang sama..kan? hehehe.

19th March
Kepong Metropolitan Park
(McD MMR2 1.5km)

20th March
Taman Botani Negara, Shah Alam
(McD Sek 3 Shah Alam, 5km)

26th March
Penang - Bontanical Garden
(McD Sunrise Tower, 3.5km)

27th March
Perak- Taiping Lake Garden
(McD Taiping Lake Garden, 500m)

2nd April
Johor- Taman Reakreasi Bukit Indah
(McD Bukit Indah, 700m)
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com