Kepentingan Google translate di blog. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kepentingan Google translate di blog.


Kepentingan Google translate di blog. Zaman sekarang ni, semuanya mudah. Orang cakap, semuanya di hujung jari. Dan aku tersangat lah bersetuju dengan itu. Namun, samada korang sedar atau tidak, betapa pentingnya untuk korang meletakkan google translate di blog korang, sama macam yang aku masukkan di dalam blog ceritaejoy.

Baik. Blog kita ni, bukan setakat orang Malaysia je yang singgah, kalau korang tengok dekat “Pageviews by Countries” ada macam-macam Negara yang ada. Bayangkan kalau kita menggunakan bahasa melayu 100% di dalam setiap tulisan kita, agak-agak korang, pengunjung daripada Negara-negara lain faham tak apa yang korang ingin sampaikan di dalam penulisan korang?


Atas alasan itulah, google translate perlu ada dalam blog. Pengunjung bukan sahaja boleh menukar bahasa pada entry korang, malah mereka boleh mengubah bahasa pada setiap yang ada di blog korang. Dan untungnya pada mereka yang menjual produk di blog, produk korang mempunyai potensi untuk dikenali ke seluruh dunia! Hebat bukan? Hanya dengan google translate.

Yang sebenarnya, benda ni nampak kecik je. Yelah, masukkan gadget di blog je. Tapi jika kita melihat pada impak yang bakal terhasil daripada perkara kecil ni, kita akan merasakan ianya adalah suatu yang penting, untuk berada di dalam ruangan di blog kita. Sama halnya dengan gadget-gadget lain seperti  Blog Archive,labels mahupun popular post.

Blog tidak mendapat kunjungan daripada pembaca luar Negara? Jangan risau, belajarlah menggunakan keyword dalam setiap tulisan di blog. Di sinilah hebatlah keyword. Kadang-kadang, kita cerita pasal resepi sambal belacan sedap, tapi yang baca entry tu, pembaca daripada eropah, dari japan. Mungkin benar, ada orang Malaysia di sana, tapi bagaimana pula kalau mereka adalah benar-benar orang eropah? Orang japan?


Di sinilah hebatnya keyword. Aku bukanlah seorang yang pakar di dalam penggunaan keyword ini. Tapi korang boleh je cari di google, bagaimana menggunakan keyword yang betul di dalam penulisan di blog. Ok lah, sekali lagi aku nak cakap, adalah sangat penting untuk meletakkan google translate di blog. Perkara kecil yang bakal memberi impak yang besar pada blog anda. Tak percaya? Sila cuba sekarang!
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com