Idea perniagaan daripada barangan terpakai. - ceritaejoy

Idea perniagaan daripada barangan terpakai.

7:30 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Idea perniagaan daripada barangan terpakai. Zaman sekarang ini, ada macam-macam bisnes, termasuklah Bisnes Barangan Terpakai. Bila sebut pasal barangan terpakai ini, semua sudah sedia maklum, yang ia adalah barangan yang sudah tidak digunakan lagi ataupun telah rosak. Dalam entry kali ini, aku cuba nak kongsikan 1 idea perniagaan barangan terpakai daripada motosikal lama.

Ahha! Pernah pergi Pusat Pelupusan Sampah? Tak pernah? Baiklah, pernah nampak Motosikal Buruk yang tersadai hingga mereput? Tak pernah juga? Oklah, kali ni confirm korang pernah nampak. Vespa! Ha, pernah nampak? Aku bukanlah cerita pasal Vespa Primavera yang jadi trend sekarang ni, tapi aku nak cerita pasal vespa lama tu.

Bagi mereka yang menghargai kenderaan lama seperti vespa ni, mereka akan jaga sebaik mungkin. Sebab tu lah, kadang-kadang kita boleh tengok vespa lama ni nampak macam baru je. Tapi bagi mereka yang sudah tidak punya minat untuk menjaganya, mereka hanya membiarkan kenderaan ini mereput begitu sahaja. Tapi tahukah anda, anda boleh buat sesuatu dengan kenderaan lama ini? Di sinilah lahirnya Idea perniagaan daripada barangan terpakai.


Sebagai seorang peniaga, anda haruslah mempunyai Idea Kreatif Dalam Perniagaan. Idea baharu yang tidak mengikut produk atau jenama orang lain sama sekali. Bisnes ini mungkin sudah dikenali di luar Negara, tetapi ianya mungkin Idea Bisnes 2016 di Negara kita! Bisnes yang aku maksudkan di sini adalah bisnes perabot daripada motosikal terpakai!

Kalau kita tengok trend sekarang, ramai pembeli memilih Perabot Diperbuat Daripada Kayu Pallet. Cantik dan menarik bukan? Apa kata anda cuba sesuatu yang baru pula? Buat kerusi daripada bahagian motosikal yang tidak digunakan lagi? Kalau korang kurang jelas, aku lampirkan gambar di bawah sebagai rujukan.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Ahha! Menarik tak Idea perniagaan daripada barangan terpakai ni? Yang sebenarnya, jika kita kreatif, apa sahaja yang ada di sekeliling kita boleh dijadikan sebagai produk di dalam perniagaan. Sebagai contohnya vespa lama ni. Daripada dibiarkan mereput, ada baiknya, ianya dijadikan sesuatu yang bernilai dan mampu menghasilkan pendapatan sampingan kepada anda. Semoga perkongsian ini, sedikit sebanyak mampu menghasilkan Idea Bisnes 2016 untuk anda.

You Might Also Like

4 comments

  1. respect dengan idea dari bahan terpakai macam ni..dari terbuang macam tu aje boleh di guna pakai semula kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..asalkan ada idea kreatif, semua benda jadi wang..:)

      Padam
  2. benar-benar ide yang bagus, salut buat yang bikin barang seperti itu.. kerenn bgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..bukan semua orang ada kelebihan seperti ini..:)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email