• Breaking News

    3 Mac 2016

    Gempa bumi terkini berlaku di Indonesia.

    http://ceritaejoy.blogspot.my/


    Gempa bumi terkini berlaku di Indonesia. Pagi tadi, waktu aku sarapan, aku baca status di fb. Memang macam tu la rutin aku setiap pagi. Baca semua status yang ada di fb. Dalam banyak-banyak status tu, aku lebih tertarik dengan berita Gempa Bumi Di Indonesia atau lebih tepatnya lagi di Kepulauan Mentawai, Indonesia. Gempa bumi itu berkekuatan 8.3 pada skala richter. Dan Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa tersebut berpotensi menghasilkan tsunami.

    Kalau mengikut sumber pada Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) bertarikh 03 March 2016, magnitud terkini adalah pada 5.8 dan berkedalaman 10Km dan 598 km BaratDaya KEP-MENTAWAI-SUMBAR. Gegaran gempa ini dikatakan boleh dirasai di Australia dan singapura. Malahan ada beberapa daerah di Malaysia yang turut sama dapat merasakan gegaran ini terutamanya di Selangor dan johor.


    Kita sememangnya tidak mampu menghalang kejadian alam semula jadi daripada berlaku. Tetapi kita mampu berdoa agar dilindungi dari segala perkara yang tidak kita ingin. Oleh yang demikian, ayuh lah kita berdoa agar rakan-rakan kita di Indonesia, singapura dan Malaysia agar dilindungi dari segala perkara yang tidak di ingini dari berlaku. Amin.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Popular Post

    Blogger Malaysia