Fenomena Gerhana Bulan Penumbra 2016. - ceritaejoy

Fenomena Gerhana Bulan Penumbra 2016.

1:35 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Fenomena Gerhana Bulan Penumbra 2016. Rasanya baru sahaja terjadi Gerhana Matahari 2016, dan hari ini, kita di dengarkan pula dengan fenomena yang bakal berlaku malam ini, gerhana bulan. Tapi ada sedikit yang aku kurang faham dengan fenomena kali ini. Apa Itu Penumbra? Apa Itu Gerhana Bulan Penumbra?

Ini membawa aku kepada pakcik google untuk kesekian kalinya, bagi bertanyakan apakah maksud disebalik Gerhana Bulan Penumbra 2016 ini. Terima kasih kepada Wikipedia. Baiklah, Pengertian Penumbra Adalah :

http://ceritaejoy.blogspot.my/

“ Gerhana bulan berlaku apabila sebagian atau semua bahagian bulan yang diliputi oleh bayang-bayang Bumi. Ia berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada garis lurus yang sama, jadi cahaya matahari tidak boleh sampai kerana terhalang oleh bumi.”

Ini adalah penerangan kamus. Apa yang aku faham, bila bumi kita ni, berada selari dengan matahari dan bulan, maka terjadilah gerhana bulan atau lebih tepatnya Gerhana Bulan Penumbra 2016. Ha, ini bahasa yang aku atau mungkin sesetengah daripada kita faham. Kalau korang tak faham juga, korang boleh teruskan bacaan korang di falakonline.net. Dekat situ korang akan diterangkan secara detail mengenai fenomena Gerhana Bulan Penumbra ini.

Bahaya Gerhana Bulan Untuk Wanita Hamil.


Apa yang menariknya, apabila aku search keyword mengenai Bahaya Gerhana Bulan, keyword ini berada pada top ranking carian. Kenapa gerhana bulan menjadi sangat bahaya kepada wanita hamil? Apakah impak yang bakal terjadi? Ahha! Menarik kan cerita ni? Aku suka! Aku suka!

Menurut perkongsian daripada sebuah blog, saat terjadinya Gerhana Bulan Penumbra, mana-mana ibu hamil tidak dibenarkan keluar rumah kerana takut bayi di dalam kandungan mereka menjadi cacat! Dan ibu hamil juga tidak dibenarkan menggunakan pisau untuk memotong apa sahaja ketika terjadinya gerhana bulan kerana dikhuatiri bayinya akan dilahirkan sumbing! Dan apa yang menarik perhatian aku adalah, mana-mana ibu hamil yang MENYENTUH perut mereka saat terjadinya gerhana bulan, bayi yang bakal lahir akan memiliki tanda lahir pada mana-mana bahagian tubuh mereka!


Huh! Seram juga kan? Tapi ini lagi seram, yang sebenarnya, Bahaya Gerhana Bulan Untuk Wanita Hamil ini hanyalah mitos semata-mata! Kita sebagai umat islam, harus lah mempercayai segala yang terjadi di atas bumi dan di sekeliling kita hanyalah atas kehendak Allah. Jika Allah berkehendak sesuatu, maka jadilah ia. Tak kisahlah sewaktu gerhana bulan ataupun tidak. Ya! J


Shalat Gerhana Bulan Dan Niatnya.


Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:


Aku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

Rakaat Pertama

1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah Al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal adalah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
Rakaat kedua.

1.       Membaca surah Al-Fatihah.
2.       Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.

11.     Memberi salam.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email