Cerita sebenar kes budak sekolah rendah kena potong hujung lidah! - ceritaejoy

Cerita sebenar kes budak sekolah rendah kena potong hujung lidah!

9:02 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Cerita sebenar kes budak sekolah rendah kena potong hujung lidah! Isu ni berlaku minggu lepas tak silap aku. Eh,  aku malas nak ingat la bila ia berlaku. Sebab setiap kali aku ingat, aku rasa macam nak naik hantu! Kes Buli Sekolah Rendah sekarang ni makin menjadi-jadi. Tak payah cakap sekolah rendah la, Kes Buli ni kat mana-mana pun ada, sekolah, kolej, university, tempat kerja, eh, mana-mana pun ada la.

Tapi ni, Kes Buli Pelajar Sekolah Lagi? Bukan takda kes sebelum ni, macam-macam kes. Macam-macam Video Buli Budak Sekolah yang tersebar. Tapi macam tak nampak apa-apa usaha yang boleh menghalang perkara ini daripada terus terjadi. Apakah memang tiada langsung usaha untuk menghalang nya? Apakah mungkin guru sekarang tiada kuasa untuk menghukum? Sama macam zaman dulu-dulu? Yelah, rotan pun dah tak boleh kan sekarang ni?

Pelik bila tengok keadaan sekarang ni. Guru dah tak boleh merotan. Atas alasan, boleh mencederakan pelajar, tapi ni, sampai potong hujung lidah! Apa tak teruk ke? Rasanya kalau guna rotan, tak putus lidah pelajar sekolah pun. Aku tak pernah dengar kes macam ni waktu aku belajar dulu. Sekarang ni, kes-kes pelik yang timbul. Makin risau aku dengan keadaan sekarang, memandangkan aku ada 2 orang anak. Mereka juga akan bersekolah kelak.


Baiklah, menurut perkongsian daripada seorang rakan, Cerita sebenar kes budak sekolah rendah kena potong hujung lidah ni adalah, mangsa di paksa untuk potong lidah nya sendiri oleh pelajar darjah 3! Aku ulang sekali lagi, darjah 3!! Bukan tingkatan 3! Budak-budak ni terpengaruh dengan cerita gangster ke apa? Kalau kecik macam ni, diorang dah boleh bikin macam tu, ko rasa bila dah masuk sekolah menengah sok macam mana pulak?

Aku makin tak faham dengan keadaan sekolah sekarang ni. Adakah sekolah-sekolah sekarang ni makin tak selamat? Kalau tiada apa-apa tindakan ke atas semua pelajar yang membuli tu, memang keadaan dekat sekolah sekarang ni dah tak selamat la. Eh, kalau diorang boleh paksa potong lidah macam tu, tak mustahil, 1 hari nanti, diorang leh terlibat dalam kes yang lebih berat lagi, yang mungkin melibatkan nyawa! Ko ingat semua orang berani ke nak buat macam tu? Nak tengok kucing mati pun tak sanggup lah!

Aku harap sangat, ada hukuman paling setimpal dengan kes macam ni. Supaya kes macam ni tak berlaku lagi. Jangan pulak ada orang yang kata, mereka masih anak kecil, tak tahu apa-apa. Kalau tak tahu apa-apa, tak dipaksa nya orang tu potong hujung lidah dia. Siap ugut nak pukul lagi. Kalaulah perkara macam ni terjadi dekat aku, tak tahulah aku macam mana nak handle. Extreme sangat! Harapan aku, pihak polis malaysia ada jalan terbaik di dalam menyelesaikan kes ini.

You Might Also Like

1 comments

  1. Inilah yang ditakuti oleh semua ibubapa kan?Masalah perilaku kanak-kanak yang kurang pendidikan sivil dan juga teknologi yang canggih membuatkan anak-anak kita dah kurang rasa hormat

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email