Cara paling mudah untuk hidup mewah. - ceritaejoy

Cara paling mudah untuk hidup mewah.

11:06 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Cara paling mudah untuk hidup mewah. Orait! Siapa yang nak hidup mewah? Confirm Lah semua orang nak kan? Tapi berapa ramai yang betul-betul mencapai impian mereka. Sedar atau tidak, hampir kebanyakkan daripada kita, hanya menyimpan cita-cita itu tanpa ada usaha untuk menjadikan ianya sebagai 1 kenyataan. Ish, dah macam Pakar Motivasi Jutawan pulak aku nih!

Bagaimana Nak Hidup Mewah? Ianya adalah soalan lazim yang biasa kita dengar. Dan adalah 1 perkara yang lazim juga untuk kita lihat, mereka yang bertanyakan soalan itu, masih kekal dengan kehidupan yang sama. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, masih sama. Apa yang menghalang seseorang itu untuk hidup mewah?

Hidup Mewah Tanpa Berhutang.


Aku lebih suka kalau kita boleh jalani kehidupan yang mewah tanpa berhutang. Yang sebenarnya, aku pernah cakap macam ni dengan seorang rakan aku. Alhamdulilah, kehidupannya senang sekarang, lepas perniagaannya menjadi. Dia cakap lain pulak, dia cakap dengan aku, kalau tak berhutang, dia takkan berjaya dalam bisnes. Tapi, pesan dia lagi, bila ada duit, dulukan hutang dulu. Jangan sesekali berhutang untuk bayar hutang. Hmm, mendalam jugak maksud dia kan?

Aku bukan nak kongsi Cara Nak Kaya Dengan Cepat. Tapi aku nak kongsikan apa yang korang dan aku boleh buat untuk hidup mewah. Yang sebenarnya, tidak lah sesukar mana pun. Hanya ikut langkah demi langkah ini < 6 rahsia bagaimana untuk hidup mewah>. Baca dan fahamkan sedalam-dalamnya. Segalanya ada di sekeliling kita. Kita boleh nampak benda tu.

Pesan aku, jangan Hidup Mewah Tak Sepadan Gaji. Maksudnya, sanggup berhutang sana sini, hanya untuk menunjukkan pada orang lain, yang kehidupan kita ni mewah. Ataupun cuba untuk bersaing dengan orang lain. Dan selalu ingat, kita bukan Anak Menteri yang Hidup mereka Mewah. Selalulah bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita ya!

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy. Lain masa datang lagi ya! Hehehe.

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email