4 cara mudah menguasai bahasa english. - ceritaejoy

4 cara mudah menguasai bahasa english.

1:19 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

4 cara mudah menguasai bahasa english. Entry ini aku tujukan khas buat diri aku dan mereka-mereka yang kurang mahir atau langsung tak tahu bahasa English ni! Hahaha. Memang 1 kekurangan jika kita tak mampu menguasai bahasa English ni. Sungguh aku cakap ni. Dalam situasi tertentu, yang mana kita perlu mencari ilmu baru, dan ilmu tersebut, hanya di datangkan di dalam bahasa English! Jenuh jugalah kita nak guna google translate. Kan?

Cara Menguasai Bahasa English Dengan Mudah.


Antara sebab lain yang menghalang seseorang itu daripada menguasai bahasa English adalah keyakinan. Mereka termasuk lah aku, kurang berkeyakinan di dalam menggunakan bahasa English di dalam pertuturan harian. Takut diejek oleh rakan antara sebab yang paling tinggi. Bila perkara semacam ini terjadi, keyakinan kita sudah pasti menurun secara mendadak seterusnya menjadi penghalang paling besar pada kita untuk terus menguasai bahasa English.

Baiklah, hari ini, di saat ini, aku nak kongsikan 4 cara mudah menguasai bahasa english. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. insyaAllah.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Dengar.

Aku sangat pasti, setiap daripada kita pasti meminati apa-apa lagu yang menggunakan bahasa English. Betul tak? Nak cakap English tak pandai, tapi nyanyi lagu bahasa Inggris boleh pulak.
Apa kata, mulai hari ini, kita cari lirik dan kenal pasti ayat-ayat baru yang kita tak pernah dengar pun sebelum ni. Kalau kita belajar 5 perkataan baru seminggu, kita akan mempelajari 20 perkataan baru dalam sebulan!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Bercakap.

Ha, cakap..cakap. hehehe. Dah belajar perkataan baru tu, cuba untuk bercakap pula. Jangan simpan dalam hati, orang tak tahu.
Gunakan dalam bahasa perbualan kita atau dalam mesej whatsapp kita. Bila kawan kita tanya apa tu, kita ajarlah mereka. Dari situ, ilmu kita akan berkembang dan rakan kita juga akan mempelajari perkataan baru. Kan?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Membaca.

Mulai hari ini, cuba baca buku di dalam bahasa English atau pun membaca surat kabar di dalam bahasa English. Tuliskan setiap perkataan yang kita tidak faham    dan mula mencari maknanya. Jangan pernah putus semangat. Kerana awalnya pasti sukar untuk memperolehi kejayaan gemilang di akhirnya!
Lebih banyak kita membaca, lebih mudah untuk mengingati perkataan baru!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Menulis.

Kita dah dengar, kita dah bercakap, kita dah membaca, tips yang keempat ni pula adalah tulis! Cuba harini, korang update status korang di FB, insta atau twitter dengan menggunakan bahasa Inggris. Amacam? Dan jangan lupa untuk tag rakan-rakan korang.
Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah di fahami oleh orang lain. Jangan pula korang tulis macam nak buat cerita tak pun tulis macam ayat dekat surat kabar tu. Hehehe.


Orait! Aku dah kongsikan 4 cara mudah menguasai bahasa english. Tapi, ada 1 benda je yang aku tak kongsikan lagi. Korang percaya tak kalau aku cakap, korang boleh dapat RM900!! Dengan hanya mempelajari 4 cara mudah ni? Hahaha. Bunyi macam pelik kan? Tapi inilah kenyataannya! Belajar dan dapat duit. Nak tahu macam mana nak menang? Sila baca syarat-syarat mudah di <Find out more and stand to win amystery gift worth RM900!>.

You Might Also Like

2 comments

  1. those tips are absolutely true.. practice makes perfect.. hii usah pedulikan kata orang..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email