Al-fatihah untuk Cikgu Adnan Abu Hassan - ceritaejoy

Al-fatihah untuk Cikgu Adnan Abu Hassan

8:36 PG

Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia : Komposer terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang,

Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

 Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000 itu mula diperkatakan apabila dirinya dilihat lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu untuk memberi penghormatan kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

 Komposer berpengaruh yang pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim itu dikenali menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih. Sumbangan besarnya dalam industri hiburan melayakkan Adnan menerima pengiktirafan Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 pada tahun 2010.

-sumber Berita Harian-

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email