Aku kini kembali!! - ceritaejoy

Aku kini kembali!!

4:53 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Aku kini kembali!! Hiarghh! Lama jugak rasanya aku tak update blog ceritaejoy ni. Seminggu jugalah aku biarkan blog ini sunyi tanpa update dari aku dan aku juga yang membacanya kembali. Hahaha. Orait. 2 hari yang pertama, aku perlu attend training. Lama sebenarnya aku tak masuk training ni. Hari berikutnya, hinggalah ke hari ini, aku cuti. Wahahaha. Lama rasanya tak dapat cuti panjang macam ni.

Yang sebenarnya, bukan saja-saja aku nak cuti, tapi disebabkan adik lelaki aku menikah. Adoi la. Dah adik nikah, kenalah join kan? Dalam masa cuti panjang ni jugalah anak aku, kedua-duanya demam! Selsema! Sakit mata! Adoi! Pakej la! Budak kan, kalau sakit, habis semua di haruk nya! Kalau tak kena gan sabar kita, mau naik hantu juga dibuat nya. Tapi itulah kan, dugaan menjadi seorang ayah *ala, dulu pak mak kita jaga kita, tah-tah lagi teruk depa kena, kan?* hehehe.


Aku plan, bila dapat cuti panjang macam ni, dapat lah aku siapkan projek reban ayam aku. Adoi! Sungguh aku sekarang macam dah gian nak bela ayam. Tapi, ayam yang aku nak bela ni bukan ayam kampung ya! Ini ayam import tau! Nanti-nanti lah aku update pasal projek reban ayam aku tu dalam entry yang lain. Kisah aku minat ayam ni, sebab nya kawan akulah! Dia yang hasut aku! Kejam ko bro! Tapi ada betulnya dia cakap, elok main ayam bela dari main ayam penyakit. Sapa yang faham, fahamlah yer. Hehe.

Berbalik semula dengan cerita anak aku demam tu. Alhamdulilah, anak yang sulung dan sihat. Anak bongsu aku pun dah kembali cergas. Cuma mata mereka masih sakit. Kesian aku tengok mata anak aku, bengkak! Apa yang aku boleh buat selain letak ubat, adalah sentiasa peluk mereka. Dan biarkan mereka tidur atas perut aku. Nyenyak pulak tu! Hish!


Tapi ni! Baru je jap tadi, wife aku call, katanya badan anak aku yang sulung kembali panas!! Arghh! Betullah. Cuaca sekarang ni memang panas. Aku pun rasa badan aku panas semacam je. Sungguh aku rasa macam nak berendam dalam ais je! Kalaulah rumah aku ada bath tab, memang aku beli ais banyak-banyak, letak dalam tu, pastu berendam, letak lemon sikit. Fuh! Indahnya doniaaa..

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email