Trafik masuk ke blog tanpa henti. - ceritaejoy

Trafik masuk ke blog tanpa henti.

11:19 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Trafik masuk ke blog tanpa henti. Apa perasaan korang, bila korang dah 2-3 hari tak bukak blog, tapi pageviews blog korang setiap hari tinggi? Trafik masuk ke blog di waktu korang tengah makan, tengah mandi, tengah tengok tv ataupun tengah tidur. Mesti seronok kan? Mungkin seronok pada mereka yang mementingkan trafik dan mungkin biasa-biasa saja pada mereka yang sekadar menginginkan ruang untuk berbicara.

Baiklah, ceritaejoy nak fokus pada mereka yang mahukan trafik untuk blog mereka. Macam mana Cara Mendapatkan Traffic Blog nih? Caranya mudah sahaja! Menulislah dengan keyword. Hahahaha. Aku dapat jawapan ni pun dari blog otai-otai blogger Malaysia dan Indonesia. Kata mereka, “keyword” yang hebat akan menjana trafik ke blog kita walaupun dah bertahun kita tak update blog! Hebat kan!

Tapi kan, macam mana nak tahu atau nak cari apakah “keyword” yang paling berkuasa. Maksud berkuasa dekat situ, keyword-keyword yang orang cari. Yang mudah disenaraikan di paparan hadapan google. Ahha! Bukan mudah tau! Lagi pulak blog korang “bersaing” dengan blog otai. Cuba search keyword ni “blogger sepenuh masa”. Blog ceritaejoy berada di tengah-tengah. Hehehehe.

Apakah Cara Mencari Keyword Untuk Blog yang biasa korang gunakan? Terus terang aku katakan, aku selalu guna google trend. Tengok apa yang tengah trending sekarang ni, dan buat cerita dekat blog. Ada masanya aku malas, aku tulis je apa yang aku nak tulis. Kalau dah kering sangat idea menulis tu, aku cari cerita dekat 8Share.

Ha, ni aku nak kasi tau sikit pasal 8Share ni. Disebabkan aku share iklan 8Share ni lah, hingga ke hari ini, blog aku masih menerima trafik dengan keyword “sambal belacan sedap”. Hahahaha. Rupa-rupanya orang Malaysia ni memang suka makan sambal belacan. Jangan cakap orang lah, aku pun, kalau makan nasi takda sambal belacan, macam tak sempurna! Kena pulak ada ikan masin+ulam-ulaman, adoi aii. Lapar oii!


Orait! Kata orang, ilmu yang kita ada tu, bukan milik kita. jadinya, nak jugak lah tahu, macam mana nak cari keyword paling laris yang boleh kita gunakan di dalam penulisan di blog kita. Kalau di tanya dekat otai blogger, Trafik masuk ke blog tanpa henti ni benda biasa bagi diarang. Kita ni yang baru nak menapak dalam dunia blogging kita, kena lah sentiasa cari ilmu baru. Kan?


Jika ada yang sudi berkongsikan cara mudah dapatkan trafik ke blog atau macam mana nak cari keyword untuk blog, sudilah kongsikan di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih semua!

You Might Also Like

18 comments

  1. woww hebak la abg ejoy ni hehe. jealous tau. saya kalau tak selalu update blog senduu aje trafik hehe.

    tapi blog abg ejoy ada pop up la hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhe..terima kasih..terima kasih..

      tapikan, pop up tu apa? hahahahahahaha

      Padam
    2. Bila klik sesuatu contohnya tajuk...atau continue reading....terus masuk ke pautan iklan :)..itu masuknya pop up..hihihi....

      Padam
    3. owh.. itu sebab saya pakai iklan pop up. belajar dari sifu hasrul Hassan. salah satu cabang buat duit dengan blog. Hehehehe.

      Padam
  2. Wwwwwwoow nice sharing! Mcm ain berbloggig ikut mood

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita. ikut mood juga. ada masa nk penuhkan cerita dengan keyword, rajin je mencari. sampai ke mood malas, taip je ikut apa yang ada dalam minda. hehehehe..

      Padam
  3. singgah pagi ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/02/rugi-tak-baca-al-quran.html

    BalasPadam
  4. tahniah-tahniah semoga terus berjaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..tapi tahniah itu untuk apa ya? hehehehhe. yang sebenarnya, saya mencari kalau-kalau ada tools untuk cari hot keyword. kalau ada yang sudi kongsikan. :)

      Padam
  5. Wah trafik tak henti..memang betul keyword mainkan peranan penting

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..kan..keyword tu penting..walaupun entry kita cerita pasal batu bata je. hehehe

      Padam
  6. wah..hebat.....cara menarik dengan 8share tu...cik akak klik...rupanya derma dua puluh sen..hahahah....cara ini..baik cik akak cuba juga...manipulasi pembaca dengan cara yang betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..saya beri contoh yang betul tu..di antara salah satu cara nak buat duit dengan 8Share adalah iklankan di blog. hehehe

      Padam
    2. cik akak tak pernah buat macam nie...manipulasi pembaca dengan cara klik..cik akak ingat memang entri tips 8share...hahaha...derma dua puluh sen.....haha

      Padam
    3. hehehe..salah satu cara menarik perhatian pembaca adalah menulis apa yang pembaca mahukan. tapi ianya haruslah benar dan bukan bohongan semata. hehehe

      Padam
  7. terima kasih..tip yang cukup bermakna

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email