Spiderman pun dah malas nak tolong orang. - ceritaejoy

Spiderman pun dah malas nak tolong orang.

4:08 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Spiderman pun dah malas nak tolong orang. Hahaha, viral sungguh kisah nasi lemak spiderman dekat Kelantan ni. Nasi lemak itu mungkin biasa je, tapi cara jualannya sangat luar biasa! Kalau sebelum ni, semua nama hanyalah sekadar nama. Macam contoh alor gajah, tapi takda gajah pun. Tapi ni memang betul-betul nasi lemak spiderman yang jual!

Zaman sekarang ni, segala macam jualan mesti kreatif. Sebab dah ramai yang mula berniaga. Bila terlalu banyak produk yang sama di pasaran, peniaga haruslah menjadi lebih kreatif. Contoh Nya macam nasi lemak spiderman ni lah. Orang yang jual nasi lemak ni, berates, beribu malah berjuta orang. Tapi nak jual nasi lemak dengan berpakaian spiderman ni, Cuma seorang sahaja kat Malaysia ni. Inilah pentingnya keunikan di dalam perniagaan.


Aku respek dengan idea brother yang mulakan nasi lemak spiderman ni. Sebabnya, nasi lemak ni dari dulu sampai sekarang sama je. Bukan tiada usaha untuk mempelbagaikan resepi nasi lemak ni, tapi bila diubah sedikit sahaja, keseluruhan rasa aslinya pasti hilang. Disebabkan rasanya tak boleh di ubah, kita ubahlah cara penyampaiannya! Tak gitu?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Bila tengok nasi lemak spiderman ni, tak mustahil lepas ni akan ada nasi lemak raksasa, nasi lemak batman, nasi lemak avengers! Wah! Makin meriah lah industri jualan nasi lemak Malaysia! Aku suka dengan idea baharu yang terhasil daripada pemikiran orang sekarang. Macam contoh goreng pisang. Kalau sebelum ni, kita Cuma makan macam gitu je, tapi sekarang dah ada goreng pisang cheese. Idea yang kreatif!


Tak usah cerita pasal nasi lemak spiderman ni lah, apa pun perniagaan sekarang, siapa kreatif, dia menang. Sebab apa, dah terlalu banyak lambakan produk dekat pasaran sekarang ni. Orang asyik tengok benda yang sama je. Bila mereka tengok 1 benda yang lain daripada yang lain, terus boom!! Confirm laris perniagaan mereka. Apa pun tahniah lah pada owner nasi lemak ni, sebab jadi lain daripada yang lain!

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email