Perang Dunia Ketiga sudah bermula! - ceritaejoy

Perang Dunia Ketiga sudah bermula!

12:36 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/


Perang Dunia Ketiga sudah bermula! Nampaknya dah banyak cerita mengenai Perang Dunia 3 ini di kongsikan samada di blog mahukan di facebook. Banyak juga gambar-gambar yang dikongsikan. Aku sebenarnya sedikit takut dengan cerita ini. Ini adalah kerana bacaan-bacaan aku dari blog ke blog yang menafsirkan mengenai perang yang dikatakan perang terakhir di muka bumi!

Perang Dunia Ketiga Rusia

Perang Dunia Ketiga ini dikatakan di antara beberapa negara dengan negara syria. Kita semua sudah sedia maklum dengan apa yang berlaku di syria kini. Dah banyak gambar yang dikongsikan di media massa. Aku tak mahu kongsikan gambar-gambar tersebut di dalam blog ceritaejoy. Jika kalian mahukan, kalian boleh search sahaja Konflik Suriah Dan Akhir Zaman.

Baiklah, dalam pada aku sedang menulis mengenai cerita Perang Dunia Ketiga ini, dikatakan juga pertempuran sedang berlaku! Itu aku kurang pasti kerana aku sekadar membaca melalui laman sosial dan bukannya berada di lokasi pertempuran. Cuma apa yang aku ingin kongsikan adalah mengenai kisah Perang Syria 2016 ini yang dikatakan Perang Syria Tanda Kiamat semakin hampir.


Perang Dunia Ketiga Menurut Islam



“Rasulullah SAW bersabda “Rencana ALLAH SWT untuk kebangkitan islam akhir zaman telah berlaku zaman kenabian atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yg ALLAH SWT kehendaki. Kemudian ALLAH SWT mengangkat zaman itu. Kemudian …berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’ur Rasyidin) yg berjalan seperti kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana ALLAH SWT kehendaki. Kemudian ALLAH SWT mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan liberal/diktator/demokrasi) dan berlakulah zaman itu sebagaimana yg ALLAH SWT kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan nabi Isa AS) yg berjalan di atas cara hidup zaman kenabian.” kemudian baginda nabi SAW diam.” [HR. Ahmad) ﴾ Ath Thariq:15 ﴿.

Banyak cerita yang dikongsikan yang mana, berceritakan mengenai 3 peperangan besar yang berlaku di dalam dunia. 2 darinya sudahpun berlaku dan ini dikatakan perang yang terakhir sebelum segala macam petanda akhir zaman berlaku. Aku bukanlah ustaz mahupun ulama yang hebat bercerita mengenai agama. Cumanya dari mata kasar aku sendiri, sudah banyak petanda akhir zaman yang berlaku di zaman ini.


Tanda Akhir Zaman Dalam Al Quran.


Cerita mengenai kiamat, ianya terbahagi kepada 2 iaitu Kiamat Kecil (Sugro), kiamat yang hanya terjadi pada individu atau dalam wilayah tertentu, contoh kematian, bencana alam dll dan Kiamat Besar (Qubro), kiamat yang terjadi di alam semesta sebagai tanda berakhirnya kehidupan dunia.

Mengenai apakah tanda-tanda kecil kiamat yang dikatakan sudah pun berlaku itu, kalian boleh cari di google. boleh sahaja gunakan kata kunci Tanda Kecil Kiamat Menurut Islam. Apa yang boleh aku katakan, ianya hampir lengkap kerana semuanya sudahpun terjadi. Ini yang menakutkan bukan sahaja aku malah hampir semua orang.


Ulama-ulama juga banyak menceritakan mengenai hal ini di dalam ceramah mereka kini. Apakah keterlaluan jika aku katakan kehidupan di dunia kini semakin huru hara? Nyawa manusia semakin tidak bernilai? Manusia berbunuh-bunuhan di sana sini. Hinggakan kita merasakan berita itu seperti berita biasa.

Mengenai hal Perang Akhir Zaman Menurut Hadits Nabi adalah perang di mana semua orang kembali menggunakan senjata-senjata lama seperti pedang. Bukan lagi senjata-senjata moden seperti senapang dan roket. Dikatakan juga, umat yang berada di penghujung zaman akan kembali menjalani kehidupan sama seperti kehidupan manusia beribu tahun dahulu!

Jadi apa kaitan cerita aku ini dengan Perang Dunia Ketiga ni? Ya! Ianya adalah permulaan kepada kehidupan seperti yang aku ceritakan di atas! Tidakkah kalian semua menjadi gusar memikirkannya? Jika mereka yang alim merasakan terlalu takut bila memikirkan hal ini, bagaimana pula dengan kita?

Allah masih membuka ruang untuk mereka yang berdosa bertaubat. Dan aku sekadar ingin kongsikan yang mana pintu taubat tidak selamanya akan terbuka. Ada 2 keadaan di mana pintu taubat akan tertutup:

1. Ketika nyawa manusia sudah berada di kerongkong. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong." (HR Tirmidzi).

2. Ketika matahari terbit dari tempat terbenamnya. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah menerima taubatnya." (HR Muslim).

Dan sedarlah, bila mana matahari mula terbit dari barat, maka itulah di antara petanda kiamat semakin hampir. Apa yang aku mampu kongsikan sama seperti apa yang aku kongsikan dalam entry aku sebelum ini adalah:


"Bertaubatlah kerana mungkin ajal kamu sekejap lagi"

You Might Also Like

1 comments

  1. aishhh seram2...kalau perang ntah macam manalah kita ni nanti agaknya huhu

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email