8 langkah untuk mencapai potensi maksimum diri anda! - ceritaejoy

8 langkah untuk mencapai potensi maksimum diri anda!

11:53 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

8 langkah untuk mencapai potensi maksimum diri anda! Aku ada banyak kerja yang perlu dilakukan di dalam usaha aku untuk menjadi seseorang. Aku juga mahukan berat badan yang ideal! Berotot di sana sini. Aku juga inginkan kerjaya yang menawarkan pendapatan yang tinggi. Aku tak mahu menjadi orang yang berjaya. Aku mahu menjadi seseorang yang sangat berjaya!

Aku dah menghabiskan banyak masa (malah mungkin lebih daripada itu) untuk meneroka konsep pembangunan diri dan kepimpinan dalam usaha untuk mengambil tindakan dan melaksanakan pelajaran yang aku pelajari ke dalam kehidupan harian aku. Aku berusaha ke arah itu.

Tapi kenapa aku masih belum berjaya mencapai tahap potensi maksimum diri aku? Tension juga dibuatnya. Dalam keadaan serabut tu, aku jumpa 10 langkah untuk mencapai potensi maksimum diri yang boleh dipraktikan. Jom baca satu persatu.

Belajar menyukai diri sendiri.

Ini bukan bermaksud, kita duduk depan cermin, lepas tu tenung mata kita. Ia juga tidak membawa maksud kita perlu “selfie” setiap masa, setiap tempat. Ia membawa maksud, kita perlu mengembangkan & mengiktiraf nilai diri kita.

Harga diri kita datang daripada dalam, itulah sebabnya ianya dipanggil harga diri, dan tiada siapa yang boleh mengambilnya daripada kita. Kita adalah orang yang mengawal semua perkara. Kebahagian diri kita adalah hak mutlak kita dan bukannya hak orang lain.

Hanya apabila kita belajar untuk merasakan kita layak, kita dapat menghapuskan apa yang kurang.

Bersedia untuk menjadi salah!

Ahha! Macam mana “salah” itu membantu kita menjalani kehidupan yang lebih baik? Kerana salah adalah langkah pertama untuk mempelajari sesuatu yang baru. Kalau kita sentiasa rasa diri kita betul, kita tidak akan pernah belajar.

Kesediaan untuk menjadi salah adalah kesediaan untuk berkembang. Untuk belajar. Untuk menjadi lebih baik. Lepaskan ego diri demi masa depan kita semua.

Buat keputusan sendiri dan berpegang dengannya!

Seseorang yang tidak berpendirian teguh selalunya tidak akan mempunyai apa-apa. Cara kita melihat dunia mempengaruhi tindakan kita setiap hari. Setiap keputusan yang kita buat, besar atau kecil, akan mengubah trajektori kehidupan kita, dan ia adalah penting bahawa keputusan ini adalah selaras dengan nilai-nilai kita.

Apa yang penting sekarang adalah  dengan memastikan kita kekal fleksibel dan terbuka kepada maklumat baru. Dunia sangat pantas berkembang pada masa kini dan hampir setiap masa ada sahaja maklumat baru.

Jangan ada perasaan malu dalam mengubah pandangan kita selepas belajar sesuatu yang baru. Ia adalah cara yang paling baik untuk berkembang menjadi seorang individu.

Belajar erti kesabaran!

Dunia kini sungguh mencabar dan seseorang yang tiada kesabaran akan sentiasa merasa tertekan dan dipinggirkan. Ia juga akan memberi tekanan kepada orang sekeliling. Jadi belajar untuk bersabar di dalam suasana tegang!

Jaga penampilan diri.

Tidak kiralah apa gaya pilihan korang, pastikan ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik. Apabila kita melihat diri kita di dalam keadaan yang baik, kita juga akan merasa lebih yakin. Ahha! Dan apabila kita merasa lebih yakin, makanya kita akan melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Ha, nampak tak kat situ?
Penampilan diri memainkan peranan yang besar dalam cara yang bagaimana orang lain melihat diri kita. dan juga bagaimana kita melihat diri kita. Mulai sekarang, esok, bangun dan mula menjaga penampilan diri kita, seterusnya show up!

Sentiasa hormat dengan orang sekeliling.

Kebaikan sebenar bukanlah sesuatu yang anda berikan kepada orang kerana siapa mereka, ia adalah sesuatu yang anda berikan kepada orang kerana siapa anda. Apabila kita hormat kepada orang lain, orang lain juga akan melakukan perkara yang sama. Ini kan hukum alam. Kita buat baik dengan orang, orang pun akan baik dengan kita.

Lebihkan mendengar daripada bercakap.

Sentiasa ingat. Manusia ada 2 telinga & 1 mulut. Jadi kita perlu 2 kali lebih mendengar daripada bercakap. Ini akan memberikan kita keupayaan untuk menyerap dan belajar lebih banyak daripada dunia dan orang sekeliling kita. Ramai orang yang suka berada dengan mereka yang suka mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang mereka sedang perkatakan.

Mulakan langkah pertama sekarang!


Jangan pernah menunggu untuk mengambil tindakan! Buat komitmen kepada diri sendiri untuk mengambil tindakan serta-merta. Mereka yang sentiasa menunggu tidak akan memperolehi apa-apa di dalam kehidupan mereka. Sama jer kalau kita beri mereka wang untuk makan, tetapi tiada usaha untuk pergi ke kedai mencari makanan, perut mereka tetap kelaparan.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email